Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Monday, November 30, 2009

Pasaraya calon suami

Pasaraya calon suami

Sebuah pasaraya yang menjual suami baru saja dibuka di Ibu Kota di mana wanita dapat memilih suami dengan leluasa sesuai selera dan keinginan mereka.. Di antara arahan-arahan yang ada di pintu masuk terdapat arahan yang menunjukkan bagaimana syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk masuk ke pasaraya tersebut, iaitu :

“Kamu hanya dapat mengunjungi pasaraya ini “SATU KALI“ sahaja.

Pasaraya tersebut terdiri dari 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan sebuah calon kelompok suami. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai calon suami tersebut. Kamu dapat memilih lelaki di tingkat tertentu atau boleh memilih ke tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh berpatah balik ke tingkat sebelumnya. Untuk turun ke tingkat bawah, anda perlu menggunakan lif yang disediakan.

Di setiap tingkat tertera spesifikasi/kriteria dari para calon suami tersebut.

Seorang wanita pun pergi ke “pasaraya suami” tersebut untuk mencari suami. Ia mulai mencuba mencari dari tingkat satu yang tiap tingkat pasaraya tersebut terdapat kenyataan seperti yang berikut :

Tungkat 1 : Lelaki di tingkat ini mempunyai kerjaya dan taat pada perintah Tuhan.

Wanita itu tersenyum, kemudian dia naik ke tingkat selanjutnya.

Tingkat 2 : Lelaki di tingkat ini mempunyai kerjaya, taat pada Tuhan, dan uka pada anak-anak kecil.

Kembali wanita itu naik ke tingkat selanjutnya.

Tingkat 3 : Lelaki di lantai ini mempunyai kerja, taat pada perintah Tuhan, suka pada anak-anak kecil, dan rajin berkerja.

” Wow”, tetapi fikirannya masih tidak menentu, dan terus dia naik lagi. Sampailah wanita itu di tingkat 4.

Tingkat 4 : Lelaki di tingkat ini yang mempunyai kerjaya, taat pada perintah Tuhan, suka pada anak-anak kecil, rajin berkerja dan suka membantu pekerjaan rumah.

”Ya ampun !” Dia berseru, ”Aku hampir tidak percaya.” Dan dia tetap melanjutkan pencariannya ke tingkat 5.

Tingkat 5 : Lelaki di tingkat ini mempunyai kerjaya, taat pada perintah Tuhan, suka pada anak –anak kecil, rajin berkerja, suka membantu pekerjaan rumah dan romantik orangnya. Walaupun dia tergoda untuk berhenti di tingkat itu tetapi keinginannya untuk mencari calon yang lebih baik terus berkobar-kobar lalu dia meneruskan langkahnya ke tingkat 6 , dan membaca kriteria calon suami di tingkat 6 ini :

Tingkat 6 : “Anda adalah pengunjung yang ke 100,000. Tahniah! Tidak ada calon lelaki di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata untuk membuktikan bahawa wanita yang tidak pernah rasa puas dalam mencari sesuatu. Terima kasih kerana telah berbelanja di “Pasaraya Suami”. Hati-hati ketika keluar dari pasaraya ini. Gunakan lif yang disediakan untuk anda.Semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda.”

~~~

Sahabatku, mungkin anda akan tersenyum apabila membaca artikel ini, atau mungkin termenung seketika.

Minta maaf, ini hanya sekadar cerita humor yang saya perolehi dari internet. Cerita ini saya postingkan ke blog saya kerana ada pelajaran yang dapat kita ambil kira. Bukan sekadar untuk wanita, akan tetapi lelaki juga. Ya... sifat tidak pernah puas, atau kurang bersyukur.pada Allah dengan apa yang kita dapat walaupun ada kekurangannya.

Sahabatku, tak bosan-bosannya kami mengajak, syukurilah segala kurnia yang Allah berikan kepada kita..., Allah Maha Tahu akan keperluan kita, Allah hanya berharap kita bersyukur, bukan meminta-minta lebih... dan sesuai dengan janji Allah, Allah akan melipatgandakan nikmat itu...sekiranya kita bersyukur dengan pemberiaNYA.

No comments:

Post a Comment