Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Friday, June 26, 2009

Cinta Yang Tak Terucap










Usia Airil telah lewat 40'an. Walaupun begitu sejak akhir-akhir ini beliau terasa begitu kesunyian lantaran isterinya telah meninggalkannya lebih sedekat yang lalu kerana berkahwin dengan bekas teman lelakinya sejak di universiti lagi. Airil tidak merasa keindahan dan kegembiraan di alam percintaan dan perkahwin sejak mula lagi. Beliau menikahi isterinya setelah diperkenalkan oleh seorang sahabat selepas beliau sendiri putus cinta dengan kekasih hatinya lantaran tentangan dari keluarga kekasihnya. Airil telah membesarkan anak-anaknya hasil perkonsian hidup dengan bekas isterinya sendirian kerana suami baru bekas isterinya tidak membenarkan isterinya itu membawa anak-anaknya bersama sekiranya dia ingin berkahwin dengannya. Bekas isterinya telah melakukan pengorbanan yang bukan sedikit demi cinta sejatinya dan Airil terpaksa menanggung segala tanggungjawab bersendirian membesarkan anak-anak mereka dengan penuh kasih dan linangan airmata.


Kini anak-anaknya telah besar panjang. Cerdik-cerdik belaka dan dua di antaranya berada di universiti luar negeri dan seorang lagi berada di sekolah asrama penuh kerajaan di utara Malaysia. Ditinggalkannya Airil seorang diri dan bila ada kesempatan barulah Airil dapat bersama mereka, itupun cuma seketika.


Airil telah lupa untuk mencari teman hidup baru. Airil telah lupa untuk bercinta lantaran kesibukan dan melayani kerenah anak. Kini Airil telah meningkat usia, rambut putih telah tumbuh sehelai demi sehelai. Kudat Airil mula lemah dan tidak sehebat dulu. Bila siang melabuhkan tirai, kesunyian menghambat hatinya. Sakit demam ditanggung sendiri. Makan dan sarapan diaturnya kedai di tepi jalan. Tidur hanya berpelukan bantal kusam cuma. Sesekali Airil meluahkan perasaannya bahawa dia perlu ada teman. Ya, teman hidup seorang wanita.


Iza, gadis yang telah berusia lewat 20'an. Airil temuainya dua tahun lalu secara kebetulan. Tuturnya merdu sekali dan tergiang-giang sewaktu lena malam. Dihiasi tahi lalat di atas bibir kiri yang menyerikan lagi senyuman. Sepanjang tempoh perkenalan itu mereka saling berbalas sms, email dan adakalanya bertemu jua tetapi cuma untuk seketika.Itupun apabila Airil ada sesuatu yang hendak diberikan pada Iza.


Airil memendam rasa dan amat berhasrat untuk memperisterikan Iza sekiranya Iza sudi. Walaupun begitu Airil tidak dapat meluahkan kata-kata hatinya itu dalam bentuk apa sekalipun. Airil khuatir Iza tidak bersetuju lantaran beliau adalah duda anak tiga. Beza usia dia denga Iza melebihi satu dekad. Iza seorang gadis yang cantik pada pandangannya dan berjawatan agak baik dalam syarikat tempat dia berkerja. Tanggapan Airil, gadis sebegini baik sudah tentu ada yang berkenaan ataupun Iza mungkin sudah ada teman hatinya, mungkin di tempat lain. Kekuatirannya menghalang dia untuk meluahkan hasrat hatinya. Walaupun hatinya terus memberontak, Iza harus disuntingnya kerana dia mempunyai ciri-ciri wanita yang diidamkan. Hampir setiap waktu dia menyebut nama itu dan hampir setiap malam dia berharap, Iza akan menjelma di dalam mimpinya.


Masa terus berlalu dan usia juga mulai meningkat. Sudah dua kali Airil menghadiahkan kek harijadi pada Iza. Tiada ucapan cinta yang dilafazkan. Sekadar ucap selamat. Airil sukar menyatakannya lantaran Iza juga tidak bertindakbalas dengan apa yang Airil kiaskan di dalam emailnya hampir setiap hari yang berlalu.


Jan'09. Airil dikejutkan apabila Iza menelefonya dan menyatakan hasratnya akan berkahwin dengan seorang jejaka pilihan keluarganya. Teruna berkelulusan universiti ini berjawatan guru di sebuah sekolah berhampiran dengan tempat Iza berkerja. Sudah berusia melewati 30'an, keluarganya adalah kenalan ibu Iza. Hancur luluh harapan Airil dan dia seakan hampir pitam bila mendengar berita ini. Airmatanya berlinangan di pipinya dan dia hanya mampu berdoa, moga Iza dan bakal suaminya nanti hidup bahagia, tidak sepertinya dahulu.


Jun'09. Hari perkahwinan Iza hanya tinggal 3 hari lagi. Hati Airil semakin tidak menentu. Rindunya pada Iza semakin begitu mendalam. Dia tidak mampu untuk menahan sebak di dada dan dia tidak mahu Iza dipunyai oleh orang lain. Namun apakan dayanya, dia sendiri tidak berani menyampaikan hasrat hatinya. Sudah berhari Airil tidak mampu menelan apapun makanan. Dia cuma minum air saja. Dia sudah lupa mengemas diri. Hatinya begitu gundah.


02.30 pm, 19/6/09, sesudah solat Jumaat, Airil dinasihatkan oleh doktor pagi tadi untuk mengambil sedikit makanan kerana badannya telah begitu lemah untuk bertahan. Beliau telah pergi ke kiosk Mc D dan membeli satu set burger ikan dan funfries. Set burger ini adalah makanan kegemaran mereka berdua. Airil cuba menjamahnya tetapi dia tidak berupaya, lalu Airil membawanya ke distinasi yang tidak pasti. Beliau memandu keretanya dan terus menuju ke jalan arah ke Balik Pulau melalui lebuhraya Air Itam. sesampainya di puncak bukit Airil memberhentikan keretanya. Pandangan indah pekan Balik Pulau dan laut yang membentang dari atas bukit menenangkan hatinya buat seketika. Airil mengambil meluahkan perasaannya, mengapakah dia tidak terlintas untuk membawa Iza ke sini dulu. sekiranya di lakukan, tentunya akan meninggalkan nostalgia yang amat indah di dalam hidupnya.


Airil memandang jauh. Memegang bungkusan Mc D ditangannya. Wajah Iza terbayang di mana-mana. Alangkah indahnya jika dia dapat berkongsi makanan ini bersama Iza untuk kali terakhir.

Tuhan maha mengasihani, sehabis saja ucapan itu diluahkan dari hatinya, tiba-tiba terdengar suaranya dipanggil dari arah belakang. Suara yang amat dikenalinya. Dia menoleh dan hampir tidak percaya bahawa Iza memang ada bersamanya kini.


Iza juga berperasaan macam Airil juga. Lebih dua tahun dia menunggu Airil menyatakan hasratnya tetapi Airil enggan berbuat demikian. Dia tahu Airil seorang duda tetapi Airil seorang yang amat mengambil berat akan dirinya. Banyak perkara yang dilakukan oleh Airil yang menyentuh hati nuraninya tetapi Airil tidak bersuara. Iza berasa Airil hanya menganggap dirinya hanya teman biasanya saja sebab itu dia menerima hasrat dari ibunya.


Hati Iza juga terkenangkan Airil. Dia juga merindui kenangan bersamanya. Banyak peristiwa yang membuatkan dia mengalirkan airmata bila dia terpaksa akan meninggalkan Airil apabila dia berkahwin nanti. Dia juga tidak lalu makan sejak beberapa hari ini. Ibunya telah memanggilnya pulang kerana hari perkahwinannya telah hampir sangat tiba tetapi dia memberikan alasan berbagai. Hasratnya untuk bertemu dengan Airil untuk kali terakhir, itu doanya.


"Iza, apa Iza buat di sini?"

"Cari Airil"

"Macamana Iza tahu Airil ada di sini"

"Entah, ikut gerak hati"

"Iza sepatutnya dah balik kampung, kerana 3 hari lagi Iza nak bernikah"

"Iza cuma nak jumpa Airil. Airil tak balas sms Iza, email Iza dan telefon pun tak jawab"


Airil tidak terkata apa-apa. Memang dia tidak memjawab segala apa yang Iza lakukan untuk mengesannya. Dia tidak mahu menggangu hari bahagia Iza yang hampir tiba. Dilihatnya air mata Iza berlinangan di pipi. Esak Iza kian terdengar. Airil juga begitu. Dipimpinnya tangan Iza di suatu sudut di atas bukit itu. Mereka saling berpandangan dengan penuh syahdu. Tiada kata yang terucap.


"Iza lapar?"

Iza tidak bersuara tetapi hanya mengiayakan.

"Abang ada beli burger kegemaran Iza, kita makan bersama, ok"


Iza dan Airil menjamah burger kegemaran mereka. Bezanya kalau dulu mereka makan berasingan burger, kini satu burger dikongsi bersama. Mereka juga minum air dengan straw yang sama, saling bersuapan frenfries. Airmata mereka berdua terus mengenangi kelopak mata masing-masing. Ada rindu di hati mereka. Ada kata yang tidak terucap. Ada cerita yang tidak terungkap


"Abang nak nyatakan abang sebenarnya sukakan Iza tetapi abang tak berani nak nyatakan"

Tiada ucapan dari Iza tetapi hanya airmatanya yang mengalir membasahi pipinya dan ianya semakin laju dan membasahi bahu Airil.


"Iza pun"

Suasana hening seketika. hanya terdendar suara unggas dan deruan enjin kenderaan yang lalu lalang


Airil menghantar Iza ke keretanya. Iza memberikan senyuman pada Airil dan memegang erat tangan Airil. Airil mengusap kepala Iza dan dia sempat mengesat airmatanya. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Airil. Dia bukan berada di dalam filem hindustan, boleh menidakkan perkahwinan walaupun tok sami dah ada di depan pengantin. Dia juga bukan pelakon hollywood yang boleh melarikan pasangan pengantin perempuan walaupun paderi sudah bersedia dengan ritualnya.

4.00 petang 19/6/09.

Kereta MyVi Iza bergerak perlahan. Meninggalkan Airil sendirian di atas bukit itu. Perlahan demi perlahan menuruni bukit dan terus hilang dari pandangan.




Thursday, June 25, 2009

Hati Yang Menyapa

Hati Yang Menyapa
Pernah sekali Badrul dan isterinya bertengkar dan masing-masing tidak mahu mengalah. Akibatnya mereka tidak bertegur sapa selama beberapa hari. Kemudian pada suatu hari, Badrul bekerja sehingga larut malam dan keesokkan harinya dia perlu bangun awal kerana akan berangkat ke jakarta atas urusan kerja. Dia akan menaiki keretapi ke lapangan terbang pada pukul 5 pagi. Jadi dia ingin meminta isterinya membangunkannya tetapi oleh kerana ego dan tidak mahu mengalah, dia hanya menulis permintaannya itu di atas sekeping kertas,
"sayang, tolong bangunkan saya pada pukul 3.30 pagi kerana saya perlu bersiap-siap untuk ke lapangan terbang dengan menaiki keretapi pada pukul 5.00 pagi. Kapal terbang ke jakarta pula akan berlepas pada pukul 9 pagi."
Dia meletakkan nota itu di atas meja solek isterinya. Selain daripada itu, badrul juga memasang loceng pada telefon bimbitnya untuk berbunyi tepat pada jam 3.00 pagi.
Keesokan harinya, Badrul terbangun sekitar jam 7 pagi. Bunyi loceng telefon bimbitnya ternyata tidak didengerainya mungkin akibat terlalu letih.Apa yang membuat dia marah dan kesal ialah mengapa isterinya tidak membangunkannya seperti yang diminta iaitu dibangunkan pada pukul 3 pagi. Dia terpaksa membatalkan rancangannya ke jakarta. Tiba-tiba Badrul ternampak sekeping kertas yang tertulis dengan tulisan tangan isterinya yang berbunyi,
"Bang, bangun! Sudah pukul 3 pagi. Loceng telefon bimbit itu pun sudah berbunyi dari tadi!"
*Diambil dari buku 'Setengah berisi setengah kosong' hasil karya Perlindungan Marpaung.