Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Saturday, October 3, 2009

Teh tarik punca sakit jantung


















TEH tarik merupakan antara minuman kegemaran ramai termasuk golongan muda tetapi doktor mendakwa ia membahayakan
kesihatan. - Gambar hiasan
________________________________________

KUALA LUMPUR - Jika dahulu, penyakit jantung sinonim dengan golongan berusia tetapi kini ia mula menyerang golongan muda berusia di bawah 40 tahun kesan daripada corak pemakanan dan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan mereka.
Ketua Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Oteh Maskon berkata, kegilaan golongan itu terhadap teh tarik, roti canai, nasi lemak dan merokok ditambah pula dengan sikap malas bersenam menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit jantung.
Beliau berkata, dengan gaya hidup seperti itu, golongan berkenaan terdedah kepada risiko obesiti, penyakit darah tinggi dan kencing manis yang menjadi faktor utama menyebabkan penyakit jantung.
"Ini terbukti dengan kira-kira lima peratus daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke wad di PPUKM dalam tempoh setahun terdiri daripada golongan yang berusia bawah 40 tahun yang rata-ratanya pada masa sama didiagnosis menghidap darah tinggi dan kencing manis, selain perokok," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Awam bertajuk 'Degupan Jantung, Hembusan Nafas, Jangan Biarkan Ia Berakhir' di PPUKM di sini semalam.

3 comments:

  1. La ni ramai yang mati muda. Sakit jantung.Kawan saya baru berusia 43 tahun dah jalan.Tapi dia memang kaki rokok dan roti canai. Setiap hari 3 keping roti canai tambah satu bungkus nasi lemak + teh tarik. Hati2lah teh tarik memang+ roti canai memang tinggi kolesterol. kalau nak cerpat jalan, amalkan makanan ini. Wasallam.

    ReplyDelete
  2. Nutrition Facts
    Serving Size: 1 cup
    ------------------------------------------------

    Amount per Serving

    -----------------------------------------------
    Calories 142 Calories from Fat 30


    ------------------------------------------------

    % Daily Value *
    Total Fat 3.3g 5%
    Saturated Fat 2.1g 10%
    Monounsaturated Fat 0.9g
    Polyunsaturated Fat 0.1g
    Cholesterol 13mg 4%
    Sodium 74mg 3%
    Total Carbohydrate 22.8g 8%
    Dietary Fiber 0g 0%
    Sugars 21.8g
    Protein 4g 8%

    ------------------------------------------------

    Vitamin A 2%
    Vitamin C 2%
    Calcium 11%

    ------------------------------------------------

    Est. Percent of Calories from:
    Fat 20.9% Carbs 64.2%
    Protein 11.3%

    ReplyDelete
  3. tapi.. teh tarik kalau tak kena sehari ketagih bang!

    ReplyDelete