Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Sunday, October 25, 2009

Penduduk Islam Di Dunia.

Penduduk Islam dunia kini berjumlah 1.57 billion atau satu nisbah empat orang penduduk dunia. laporan tersebut disediakan oleh Pew Forum On Religion and Public Life yang mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya.

Namun hasil kajian tersebut mendapati, sekalipun Islam bermula di negara Arab tetapi bilangan terbesar umat Islam adalah di benua Asia iaitu kira-kira 60% dari jumlah keseluruhan penduduk Islam dunia.

Dari perbandingan yang dibuat, didapati Jerman mempunyai penduduk Islam lebih ramai dari Lebanon. Manakala China lebih ramai umat Islam daripada Syria dan Russia pula lebih ramai orang Islam dari Jordan dan Libya.

Agama Islam menjadi agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian. Antara sepuluh negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia adalah Indonesia,Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria.

Sebahagian besar dari negara-negara yang mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia ini mempunyai pelbagai masalah seperti kemiskinan, peperangan,rasuah, pembunuhan sesama umat Islam, politik yang bergolak dan sebagainya. Mengapa ek!

No comments:

Post a Comment