Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Saturday, October 3, 2009

Air Laut Surut, Jalan Terbelah Dua

Air laut surut, jalan raya terbelah
Oleh TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my



________________________________________


KUALA LUMPUR - Pelajar Universiti Andalas di Padang, Sumatera Barat, Marwiza Abdul Ghani sudah lali dengan gempa bumi selepas merasai kira-kira 30 kali gegaran sejak tinggal di Padang empat tahun lalu tetapi tidak ada kejadian yang lebih buruk berbanding tragedi pada pukul 5.30 petang Rabu lalu.
Kesan gegaran kuat gempa 7.6 pada skala Richter itu terbukti apabila pelajar Universiti Andalas itu tidak mampu berdiri.
"Kalau dulu saya boleh berlari keluar rumah, kali ini nak berdiri pun tak boleh,'' katanya ketika ditemui sebaik tiba dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan TUDM Subang semalam.
Tiga pesawat TUDM mendarat bersama 330 pelajar dengan penerbangan pertama tiba pukul 5 pagi membawa 117 orang.
Ia diikuti pesawat kedua pada 6.15 pagi bersama 164 penumpang manakala penerbangan terakhir dengan 49 penumpang mendarat sejam kemudian.
Ada juga pelajar mendakwa melihat jalan raya terbelah dua, air laut tiba-tiba surut dan mayat bergelimpangan.
Ketiga-tiga peristiwa ngeri itu dialami oleh Mohd. Ashraf Abdul Hamid yang sedang berehat di tepi pantai sebelum dikejutkan dengan air laut tiba-tiba surut dan jalan terbelah dua.
Dia bersama pengunjung lain lintang-pukang mencari kawasan tinggi.
"Ramai tahu itu tanda awal tsunami. Saya cepat-cepat lari dalam keadaan terhoyong-hayang seperti orang mabuk kerana tanah bergegar,'' kata pelajar perubatan Universiti Andalas itu.

1 comment:

  1. Maut sentiasa menunggu kita di garisan penamat.Dia sudah bersedia, soalnya, adakah kita sudah bersedia. Bagaimana kita mati, kita pun tak tahu. Apa yang berlaku di Sumatera ini jadikanlah pengajaran.Allah boleh ambil nyawa kita dengan apa cara sekali pun. Bertaubatlah wahai insan selagi nyawa kamu masih di badan.

    ReplyDelete