Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Thursday, October 29, 2009

Sistem AP dihapuskan 2015

Sistem AP dihapuskan 2015 - Tiada lagi pengimportan kenderaan terpakai selepas itu
Oleh JOHANNA A. SOBREY
johanna.sobrey@kosmo.com.my














SEORANG delegasi melihat status terkini cukai dan duti kenderaan yang dipaparkan pada sidang akhbar kajian semula Dasar Automotif Negara di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Di bawah kajian semula Dasar Automotif Nasional (DAN), sistem Permit Import (AP) terbuka yang diamalkan selama ini akan dimansuhkan pada akhir tahun 2015.
Kajian semula yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamed (gambar) semalam menyatakan AP terbuka yang digunakan untuk import kenderaan terpakai sama ada komersial, penumpang dan motosikal akan dimansuhkan menjelang 31 Disember 2015.

"Tiada lagi pengimportan kenderaan terpakai selepas 2015. Di samping itu, permohonan baru untuk AP terbuka tidak akan dipertimbangkan," kata beliau pada sidang media kajian DAN yang diadakan di kementeriannya semalam.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Timbalan MITI, Datuk Mukhriz Mahathir.
Selain itu, AP Francais pula akan dimansuhkan pada 31 Disember 2020.
Sejak tahun 1987, 156 syarikat daripada 254 syarikat telah ditarik peruntukan AP yang diberikan berikutan penyalahgunaan dan penjualan AP mereka.

Penemuan berdasarkan dua peringkat audit yang dijalankan MITI pada tahun 2008 dan 2009 itu menunjukkan peruntukan untuk sesetengah syarikat telah dikurang atau dibekukan.

"Sementara itu, kawalan teliti dan ketat akan terus dilakukan bagi memastikan garis panduan AP dipatuhi," kata Mustapa

No comments:

Post a Comment