Jumpa bayi depan rumah jiran
INILAH bayi baru lahir yang ditemui di hadapan sebuah rumah di Taman Yayasan, Segamat pada Sabtu lalu.
--------------------------------------------------------------------------------
SEGAMAT - Seorang penoreh getah yang hendak ke kebunnya terkejut apabila menemui bayi perempuan ditinggalkan di hadapan rumah jirannya di Taman Yayasan, Buloh Kasap di sini Sabtu lalu.
Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, bayi tersebut ditemui dalam keadaan menangis dengan tubuhnya hanya dibaluti tuala putih dan baju sejuk.
Penoreh getah tersebut kemudiannya memaklumkan penemuan tersebut kepada jirannya, Hamir Sharif, 43, yang kemudian membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali berkata, bayi tersebut dipercayai baru beberapa hari dilahirkan sebelum ditinggalkan di tempat kejadian.
"Keadaan bayi ini stabil dan cuma terdapat beberapa bekas gigitan serangga pada tubuhnya.
"Buat masa ini, dia dirawat di Hospital Segamat dan selepas pulih akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut," katanya.
Thursday, November 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment