Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Monday, November 9, 2009

2 Maut Dalam Gempa 6.7 SR Di Bima

09 November, 2009 10:22 AM

2 Maut Dalam Gempa 6.7 SR Di Bima

Oleh Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, 9 Nov (Bernama) -- Gempa bumi berkekuatan 6.7 pada skala Richter (SR) di Bima, Nusa Tenggara Barat awal pagi Isnin dilapor mengakibatkan dua kematian dan banyak rumah yang runtuh.

Gempa yang berpusat di KM 28 ke barat laut Raba, Kota Bima berlaku kira-kira pukul 3.41 pagi ketika penduduk sedang nyenyak tidur.

Agensi berita Antara pada Isnin memetik beberapa penduduk kampung itu mengesahkan kedua-dua mangsa mati akibat tertimpa bangunan yang runtuh, yang diumum melalui alat pembesar suara di masjid di situ dan stesen radio tempatan.

Penduduk yang cedera juga banyak tetapi jumlah sebenar belum dapat dipastikan kerana belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa tempatan setakat pagi Isnin.

Penduduk di kawasan pantai sempat melarikan diri ke bukit dan kawasan tinggi kerana bimbang berlaku tsunami, namum Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia di Selaparang, Mataram, berkata gempa di 8.24 darjah Lintang Selatan-118.65 darjah Bujur Timur, pada kedalaman 25 KM di bawah laut itu tidak berpotensi tsunami.

Gegaran gempa itu turut dirasakan penduduk di Denpasar di Pulau Bali dan sekitar Makassar di Sulawesi Selatan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment