Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Tuesday, November 10, 2009

Tiada had masa tuntut RM3 bilion

Tiada had masa tuntut RM3 bilion

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
berita@kosmo.com.my



















WANG dalam akaun bank yang telah ditutup selepas tidak aktif tetap boleh dituntut tanpa had masa. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Wang pendeposit yang tidak dituntut dengan amaun terkumpul kini berjumlah RM3 bilion akan menjadi hasil kerajaan jika tidak ada pihak khususnya waris mengemukakan permohonan tuntutan dalam masa 13 tahun daripada tarikh kes akaun itu diambil alih.

Jurucakap Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) berkata, wang yang diserahkan kepada pihaknya adalah daripada akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun mengikut peruntukan Akta Wang Tidak Dituntut 1965.

"Walaupun ia sudah menjadi hasil kerajaan, wang itu tidak hilang begitu sahaja kerana waris masih boleh membuat tuntutan.

"Cuma masalahnya ramai tidak membuat tuntutan kerana mereka tidak tahu atau kes itu melibatkan amaun yang sedikit,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.



















KERATAN Kosmo! semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek kelmarin mengenai wang pendeposit berjumlah RM3 bilion tidak dituntut dan gagal diserahkan kepada waris.

Selain akaun bank, definisi wang tidak dituntut turut merangkumi imbuhan yang tidak dituntut dalam masa satu tahun seperti gaji, dividen, tuntutan insurans yang diluluskan pembayarannya, simpanan tetap yang telah matang dan cagaran atau deposit.

Katanya, ANM membenarkan mana-mana waris untuk mendapatkan kembali wang milik ahli keluarga yang sudah meninggal dunia tetapi mereka perlu melalui prosedur yang ketat untuk mengelak tuntutan bertindih atau dibuat bagi kali kedua.

( Klik pada gambar untuk lebih jelas)

No comments:

Post a Comment