Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Tuesday, September 8, 2009

Panduan Membeli Insurans

Membeli polisi insuran, samada konvensional ataupun takaful, merupakan satu keputusan yang penting.

(Dipetik dari KOSMO,Niaga, Selasa 8 Sept 2009 dengan sedikit tambahan dan penyesesuaian.)

Insuran atau takaful biasanya dibeli untuk mendapatkan perlindungan ataupun bantuan dari para peserta daripada perkara-perkara yang tidak dijangka agar anda atau waris anda tidak terperangkap dalam kesukaran kewangan yang serius apabila ditimpa musibah.

Kesemua insurn hayat atau keluarga dan umum mempunyai dokumen sah yang dipanggil polisi insuran atau sijil takaful yang memaklumkan kesemua terma dan syarat antara anda dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.

Untuk insuran hayat atau takaful keluarga, premium atau sumbangan yang dibayar bergantung pada kombinasi pelbagai faktor, khususnya usia dan tahap kesihatan anda serta tidak lupa faktor pekerjaan anda iaitu jenis pekerjaan yang anda lakukan dan keupayaan untuk membayar premium atau sumbangan.

Oleh itu, sebelum membeli insurans atau takaful, adalah penting untuk anda mengetahui:

1. Jenis-jenis polisi dan pelan yang disediakan, khususnya ciri-ciri dan manfaat yang diberikan.

2. Jenis risiko dan bahaya yang dilindungi

3. Terma syarat, termasuk keadaan yang sedia ada dan pengecualian yang tidak dilindungi

4. Amaun premium atau sumbangan yang perlu dibayar dengan amaun yang diinsuran atau takaful, liputan risiko dan tempoh perlindungan

5. Situasi yang membenarkan anda membuat tuntutan dan bagaimana anda boleh melaksanakan

6. Lebih tinggi usia anda ketika membeli polisi hayat atau takaful keluarga, lebih tinggi premium atau sumbangan yang harus dibayar. Ini kerana risiko insurans atau takaful hidup anda adalah lebih tinggi.

7. Kesemua premium atau sumbangan dibayar dengan nama syarikat insuran atau pengendali takaful dan bukannya atas nama wakil atau ejen. Dapatkan resit resmi dari syarikat insurans terbabit atai dari syarikat takaful dan bukannya dari ajen atau syarikat agensi.

8. Pastikan anda membeli insurans atau takaful daripada syarikat-syarikat yang telah diberi lesen oleh Bank Negara.

9. Sentisa membeli insurans atau takaful yang memberikan liputan terbaik yang memenuhi keperluan insurans atau takaful anda pada kos premium atau sumbangan yang terendah.

10. Semasa mendapatkan nasihat, periksa samada broker ataupun konsultan insurans atau takaful tersebut mendapat lesen Bank Negara dan meruoakan ahli Persatuan Broker-broker Insuran atau Persatuan Takaful Malaysia ( MTA ). Tanyakan akan kad keahlian mereka.

11. Pastikan anda membeli insurans nyawa daripada ejen yang dilantik oleh insurans hayat dan mendaftar dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia ( LIAM )

12. Gunakan internet, membaca risalah produk dan berbicara dengan mereka yang telah berpengalaman dalam membeli polisi insurans atau takaful.Lawati website mereka seperti: http://www.takaful-ikhlas.com.my laman web untuk Takaful Ikhlas Sdn. Bhd,www.insuranceinfo.com.my

13. Anda ada banyak pilihan untuk mendapatkan produk insurans atau takaful yang terbaik.Bagi produk takaful misalnya, Takaful Ikhlas telah memenangi anugerah Syarikat Penyedia takaful/retakaful terbaik 2008 oleh pembaca berita kewangan Islam atau Islamic Finance News ( IFN ). Takaful Ikhlas juga merupakan syarikat pertama takaful atau insurans yang menerima sijil kualiti MS1900-2005 - Sistem pengurusan Kualiti Dan Perspektif Islam. Selain dari itu telah menerima sijil kualiti bagi ISO9001-2000 untuk Pengurusan takaful Berkelompok. Produk Ikhlas Medic Assist Takaful ( IMAT ) juga telah memenangi 'The BranLaureate- SMEs Chapter Award 2008 - The Best Brand In Product Branding - Consumer - Healthcare Insurance'.

Segala pertanyaan mengenai takaful keluarga, pelaburan dan medical card, takaful Ikhlas Sdn Bhd, bolehlah menghubungi saya di talian 019-472 4218.

No comments:

Post a Comment