Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Thursday, September 17, 2009

Mariam Johari

Mariam dibawa pulang ke tanah air
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my


JENAZAH Allahyarham Mariam disembahyangkan di Masjid Jamek Kota Tinggi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Bendahara Kota Tinggi, Johor semalam.
________________________________________


KOTA TINGGI - "Terima kasih kepada semua pihak yang bersusah-payah membantu menguruskan penghantaran jenazah ibu saya. Bantuan itu amat bermakna kerana sekurang-kurangnya kami dapat melawat pusara ibu pada setiap pagi raya."
Demikian kata Jelani Sonni, 72, anak Mariam Johari, 88, wanita yang meninggal dunia di Korea Selatan selepas 'terkandas' di negara itu selama 64 tahun dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Bendahara Tun Habib di sini pada pukul 6 petang semalam.
Jenazah Allahyarham dikebumikan dalam suasana pilu dan hujan lebat yang dihadiri kira-kira 50 orang termasuk seorang lagi anaknya, Ramlah Sonni, 74, serta adik bongsu Mariam, Iash Johari, 76, dan keluarga terdekat.



-------------------------------------------------------------------------------------
Allah menilai kita bukan dari mana kita bermula tetapi bagaimana kita mengakhirkannya. Wanita ini telah menimbulkan banyak kontroversi dan spekulasi sejak dari mula lagi niatnya untuk kembali ke Malaysia melihat anak-anaknya dua tahun lalu. Termasuklah yang terkini bagaimana ia telah menggugurkan kerakyatannya dan berwasiat untuk dikebumikan secara Kristian di Korea, tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang terjadi dan Maha pengatur segalanya. Akhirnya wanita ini dikebumikan secara Islam di bumi kelahirannya. Semuanya dengan kehendak Allah kerana tiada siapa yang boleh menghalang sekiranya Allah mahukan perkara itu berlaku dan tiada siapa boleh melaksanakan sekiranya Allah menghalang.

Ambillah ikhtibar dari wanita gigih ini yang berjuang di bumi asing untuk terus hidup tanpa melupakan asal usul dan keluarganya.Kita tidak tahu apakah yang berlaku pada wanita ini ketika dia hampir menemui ajalnya.Ambillah ikhtibar juga apa yang berlaku pada Michael Jackson yang digempar gemburkan sebagai penganut Islam tetapi dikebumikan secara tidak Islam.

Al Fatihah untuk Arwah Mariam Binti Johari, moga engkau diterima oleh Allah di kalangan orang-orang yang beriman. Insya Allah!

Ingatlah:

"Allah tidak menilai bagaimana kita bermula tetapi bagaimana kita mengakhiri hidup kita" - Waullah A'lam

No comments:

Post a Comment