Monday, September 14, 2009
lakukan Sesuatu Lebih Bermakna
Lakukan sesuatu lebih bermakna
1. Jika masa tidak menunggu anda, jangan bimbang! Buang bateri jam anda yang tidak berguna itu dan bergembiralah
2. Mengharapkan dunia melayan anda dengan sempurna kerana anda adalah seorang yang baik, ia bagai mengharapkan seekor singa tidak menangkap anda kerana anda adalah pemakan sayur. Cuba fikir-fikirkan
3. Kecantikan tidak diukur apa yang dapat dilihat dari luaran dan apa yang anda pakai tetapi apa yang di dalam diri anda, jadi, cuba bertelanjang esok di jalanraya dan lihat akan pujian yang akan anda terima.
4. Jangan berjalan seolah-olah anda memerintah dunia, berjalanlah seolah-olah anda tidak kisah siapa yang memerintah dunia kini! Ini di panggil sikap…! Sentiasa seronok beb!
5. Setiap ibu akan mengharap anak perempuannya akan berkahwin dengan lelaki yang lebih baik dari apa yang dilakukan pada suaminya dan memujuk anak lelakinya tidak akan berjumpa isteri yang baik seperti apa yang dilakukan oleh ayahnya
6. Dia adalah seorang lelaki yang baik. Dia tidak merokok, minum minuman keras dan tidak ada hubungan sulit di luar. Bila dia mati, syarikat insuran enggan melayan tuntutannya. Mereka berkata,” lelaki ini tidak pernah hidup, tidak boleh mati.”
7. Seorang lelaki mencampakkan isterinya ke dalam kolam buaya. Dia kini didakwa oleh Pertubuhan Hak Asasi Binatang kerana melakukan kerosakkan pada buaya.
8. Sungguh banyak cara untuk membunuh diri. Racun. Pil tidur. Menggantung diri. Melompat dari bangunan tinggi. Tidur di trek keretapi, tetapi bila kita memilih untuk berkahwin, perlahan-lahan ia akan terjadi.
9. Cuma 20% orang lelaki yang ada otak ( brains), yang lain ada teman wanita ( girlfriends)!
10. Semua perkara-perkara yang menjadi idaman di dalam hidup ini samada ianya haram, dilarang, mahal ataupun berkahwin dengan seseorang yang lain
11. Malas adalah musuh kita yang paling utama – Jawaharlal Nehru
Kita hendaklah belajar bagaimana menyayangi musuh kita – Mahatma Ghandi
Kalau kita tidak berjaya mengalahkan musuh kita, sertai mereka – Napoleon
Kejayaan seorang lelaki itu selalunya disebabkan oleh wanita,wang dan kuasa
Kegagalan seorang lelaki juga disebabkan oleh wanita, wang dan kuasa.
Fikir-fikirkanlah!
12. Bila semua perkara jadi sukar. Bila kesedihan menyelubungi hati anda, Bila airmata mengalir dari anak mata anda, selalulah sebut perkataan ini…
Cubaan! Cubaan! Cubaan! dan bayangkan bagaimana P.Ramlee, S. Shamsudin dan Aziz Satar melakonkan ucapan itu dalam filem Pendekar Bujang lapok
13. 10% kemalangan jalanraya adalah disebabkan oleh pemandu yang mabuk. Ini memberikan fakta yang logik di mana 90% daripada kemalangan jalanraya disebabkan oleh pemandu yang tidak mabuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment