Sunday, September 13, 2009
Nota di mesin pencetak.
Nota di mesin pencetak.
Seorang pekerja sambilan telah tersangkut sebatang pennya di dalam mesin pencetak. Dia telah berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan pen itu tetapi gagal. Oleh kerana dia sepatutnya bersama saya untuk satu tugasan luar, maka saya beritahu pekerja itu untuk tidak membuang masa dan menyuruhnya meninggalkan satu nota di atas mesin pencetak itu bahawa mesin ini rosak dan tidak boleh digunakan untuk sementara waktu. Saya juga mengarahkannya untuk melaporkan kerosakan itu kepada pegawai bertugas.Jadi dia mengambil sehelai kertas lalu menulis sesuatu. Saya meninggalkannnya sendirian sewaktu dia belum habis menulis nota itu.
Lebih kurang 20 minit kemudian, salah seorang juruteknik datang kepada saya sambil ketawa berpanjangan. Katanya sewaktu dia dilobi, dia terpandang sekeping nota di atas mesin pencetak dan dia mengambil untuk mengetahui isi kandungannya.
Apa yang membuat dia tergelak ialah nota itu berbunyi “ Kadang-kadang sesuatu yang kita mahukan tetapi dia tidak terjadi seperti yang kita harapkan…”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment