Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Sunday, September 27, 2009

Kemalangan Jalanraya


Berita Minggu, 27hb. Sept 2009

KUALA LUMPUR: Satu kaedah pemantauan menyeluruh lebih berkesan dan tindakan penguatkuasaan yang menimbulkan perasaan takut di kalangan pengguna jalan raya, perlu dilaksanakan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut yang meningkat, terutama pada musim perayaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kajian mendalam terhadap kes kemalangan yang berlaku mendapati ia boleh dielakkan jika pemandu mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan, malah kadar kemalangan dapat diturunkan ke paras lebih rendah jika mereka tidak cuai dengan melanggar undang-undang sedia ada.

Apa pandangan anda.

Ada beberapa sebab mengapa kemalangan jalanraya berlaku di musin perayaan.

Faktor pemandu

1. Pemandu yang cuai atau lalai mengenai peraturan jalanraya.
2. Pemandu yang tidak faham atau tidak tahu atau tidak mahu
ambil tahu akan peraturan jalanraya.
3. Keletihan atau mengantuk semasa memandu
4. Memandu dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh dadah
5. Memandu dengan tergesa-gesa
6. Ego mahu tunjuk kehebatan dan suka berlumba-lumba
7. Memandu dengan keadaan amat laju dari had yang dibenarkan
8. Memandu dengan keadaan yang perlahan hingga menimbulkan
kurang sabar kepada pemandu di belakang.
9. Pemandu yang kurang perihatian semasa memandu seperti
mendengar telefon bimbit,bersembang, bercinta, mendengar
radio terlalu kuat atau terlalu berhati-hati.
10.Tiada lesen memandu yang sah.
11.Kurang pengalaman memandu atau baru dapat lesen memandu.
12.Kurang pengalaman pemanduan jarak jauh
13.Tidak membaca doa naik kenderaan dan lupa akan kuasa Allah.

Kesalahan yang kerap dilakukan:

1. Memotong di garisan berkembar
2. Memotong dari belah kiri jalan
3. Melanggar lampu isyarat merah
4. Tidak berhenti di garisan patut berhenti di simpang jalan
5. Memandu melebihi had pemanduan yang dibenarkan
6. Memandu terlalu perlahan di had pemanduan yang dibenarkan
7. Mengekori pemandu hadapan terlalu rapat dan seolah-olah membuli
8. Memotong atau membelok laluan tanpa memberikan lampu
isyarat kenderaan
9. Membrek kenderaan tanpa ada ada sebab tertentu
10.Memandu di laluan kanan atau lorong laju sedangkan ia memandu
dengan keadaan perlahan
11.Meletakkan kenderaan ikut suka hati saja tanpa memikirkan akan
kesusahan orang lain

Faktor kenderaan

1. Enjin kenderaan yang tidak diservis dengan sempurna
2. Tayar kenderaan kurang bunga @ cengkaman
3. Brek kurang cengkaman dan tidak diganti.
4. Membawa lebih muatan menyebabkan sukar kawalan sewaktu mengambil
selekoh atau membrek kecemasan
5. Lampu isyarat sisi tidak berfungsi atau tidak terang
6. Menggunakan spotlight yang menyilaukan pandangan pemandu bertentangan
7. Memasang lampu isyarat kecemasan sewaktu hujan lebat yang boleh
mengelirukan pemandu lain.

Faktor jalan

1. Jalan yang sempit dan berliku
2. Jalan yang berlubang dan kurang diberi perhatian oleh
Majlis Kerajaan Tempatan
3. Lampu isyarat jalan yang tidak berfungsi
4. Semak samun yang melindungi pemandangan pemandu di persimpangan jalan
5. Jalan yang terlalu gelap samada tiada lampu jalan atau lampu yang rosak

Faktor-faktor lain

1. Binatang ternakan atau liar yang melintas jalan
2. Paip air pecah dan lambat diselenggarakan
3. Pokok tumbang
4. Hantu melintas jalan ( ? ).

Berdasarkan fakta di atas, sekiranya berlaku kemalangan jalanraya, adakah tindakan yang keras boleh dikenakan kepada pemandu kenderaan seperti ditarik lesen pemanduan, didenda dengan bayaran kompaun yang tinggi atau dipenjarakan.

Sekiranya kita menarik lesen pemanduan mereka,adakah kita berupaya mengurangkan kadar kemalangan ini.Pada hakikatnya tanpa lesen pun ramai pemandu yang memandu selamba saja, terutamanya pemandu motorsikal.

Ada dua kesan yang dialami dari kemalangan jalanraya ini:

1. Kehilangan keluarga atau harta benda kepada pemandu
2. Menyebabkan kehilangan keluarga atau harta benda kepada
orang lain akibat dari perbuatan kita yang menyebabkan
kemalangan itu berlaku walaupun tidak berlaku pada kita.

Saranan saya:

Bagi kesalahan berat seperti melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, memotong di sebelah kiri jalan,memandu terlalu laju, memandu terlalu
perlahan dan tidak berhenti di garisan berhenti di persimpanagn jalan, hukumnya:

1. Denda maksima
2. Diwajibkan menjalani ujian dan kursus khusus pemanduan semula
dan diwajibkan lulus 100% bagi kursus praktikal dan amali.
3. Diwajibkan menjalani ujian dan kursus kesabaran dan patuh perintah

Kesemua perkara ini wajib dilakukan dalam masa bawah 6 bulan dari saman yang dikeluarkan dan segala kos yang terlibat akan ditanggung oleh pemandu yang terbabit. Jika gagal berbuat demekian, penjara adalah jalan akhir.

4. Menghadkan jumlah maksima penumpang terutamanya kereta kecil
5. Mengenakan denda bagi kenderaan yang tayar yang kurang bunga.
6. Menyaman pemandu yang memandu kenderaan dengan perlahan di lorong laju
7. Denda maksima bagi pemndu yang memandu menggunakan telefon
bimbit dan merampas peralatan komunikasi itu sertta merta.
8. Pemandu yang mabuk dan di bawah pengaruh dadah, sebat adalah
hukum yang setimpal.

21 comments:

  1. Sebat lagi bagus bang! Dia orang nie asyik nak tunjuk hebat di jalanraya tak padan keta kecik aje.

    ReplyDelete
  2. aku pun kena buli. peliknya dia pandu pelahan aje. Bila kita nak potong,dia perlaju keta dia. Kurang asam betul. hampir aku bertembung ngan lori.

    ReplyDelete
  3. Gantung lesen tak berkesanlah bang. Ramai lagi yang memnadu tak de lesen. Lagipun ada di antara mereka yang menggunakan kenderaan untuk cari makan, hantar anak ke sekolah dll.

    Saya setuju abang kata, bagi mereka duduk ujian semula. Syallabus yang berlainan sikit.tekankan budi bahasa dan sabar.

    Tuhan pun marah pada hambanya yang berlagak sombong dan merosakkan orang lain di muka bumi ini. Sebat pun ok jugak.

    ReplyDelete
  4. ada ke di keluo dari simpang kat jalan hospital tak henti. Nasib baik aku tak rembat. kalau tak innalillah dia. berderau darah aku.topi kleder pun tak pakai.

    ReplyDelete
  5. Aku balik tapah,keta pompuan brek mengejut. aku ciumlah. kalau aku cium dia tak ape. ni cium punggok keta dia. Pas tu dia maki aku. Aku tanya dia, pasal apa brek mengejut. Dia jawab, aku punya pasallah.Binawa punya pompuan

    ReplyDelete
  6. Eleh orang lelaki apa kurengnya. Dia ingat pemandu pompuan boleh di buli. Depa tengok kita memandu,dia buat eksen depan kita. Mintak jalan sikit pun depa tak bagi. Aku sodok pungkok keta depa baru kau orang tau.

    nak raya, rayalah, ni dok beromen dalam keta apa hal. Menggangu pemandu lain. Nak beromen paking keta bukan masa memandu.Cucuk kodok punya couple

    ReplyDelete
  7. Rasanya orang KL punya pasallah nie.Kl tak leh jalan laju-laju. Bila balik kampung dia orang tunjuk skill. potong tak kira orang lain, macam jalan nie bapak dia yang punya. Kite orang pun bayar cukai jalan jugak. Hormat sikit pemandu lain.

    Gantung kete mereka sekali lagi bagus supaya dia jalan kaki aje lagi bagaus untuk orang macam nie.

    ReplyDelete
  8. Saya sokong. gantung keta mereka sekali. Blacklisted nama mereka untuk beli keta. wat ape bila keta untuk jadikan senjata pembunuh

    ReplyDelete
  9. Awat Mat Moto Beso ni kekwat sangat. Dema tu tak bayar toll. Naik laju-laju pula. terperanjat teman jadinya dengan enjin yang kuat. Tunggang pulak berlagak.Potong ikut suke.

    ReplyDelete
  10. Teman setuju.Depa ni berlagak habis. Mentang-mentang moto besag. Ingat highway ni bapak dia yang punya seorang ke. bapak aku pun ade share tau. Kalau depa tak kemalangan, depa sebabkan orang lain yang kemalangan. Insaflah. Dunia hanya pinjaman.

    ReplyDelete
  11. Hantu memang ada melintas jalan bang. Saya dah terkena. Rasa macam ada orang melintas jalan. Brek giler. Berpusing habis keta. Nasib tak ade keta dari belakang. Mengucap panjang bang. Ape setan yang melintas tak tahu. Highway PLUS lepas 1 Km dari tol Jasin ke . hati2 di situ

    ReplyDelete
  12. Pembetulan

    1KM dari R&R Jasin ke Tangkak. Saya kena malam raye pertama jam 2.30 pagi.Hati2 tempat tu. Ada hantu bang....seram bulu roma apabial teringatkan.

    ReplyDelete
  13. Kat hentian Macap pun ade juge. Saya flush air tandas satu, yang lain pun ikut flush juge.Tengok orang, saya aje yang masuk tandas, mamat bangla ade kat luar.Agaknya setan pun nak beraye jugak kot. (Kes ini berlaku pada malam yang sama sewaktu saya balik dari Utara ke Johor Bahru.)

    ReplyDelete
  14. Kembar hang yang buat kot. Pasal nama hang pun hantu pucong.

    ReplyDelete
  15. Sehingga semalam sudah 238 kematian dilaporkan pada musim perayaan ni. banyak tu!Apa yang abang katakan tu memang ade kebenarannya.keta banyak di jalan. samseng jalanraya pun ramai jugak. tunjuk eksen. tak sabar.kurang pengalaman memandu. terlalu berhati-hati.tak kisah akan pengguna jalanraya yang lain.tak mesra pengguna.keta tua. keta kecik lebih muatan. minyak mahal. tayar botak.potong belah kiri. terlalu laju. tak bagi can pemandu lain nak mencelah masuk. berbagai bang karenak di jalanraya yang menyumbang kemalangan. Patutnya kita kena ajar sume pemandu supaya bersabar dan ikut peraturan jalanraya, baru selamat.hari nie lesenmemandu diberi atas sebab lulus ujian teori dan praktikal aje yang selebihnya lantak sendirilah.Saya setuju kalau pesalah jalanraya di uji sekali lagi dan diberikan kursus tatatertib jalanraya dan kursus kesabaran. islama pun suruh kita sabar dan menghormati hak orang lain.

    ReplyDelete
  16. Lagu Tema Blog Abang ni cukup menyentuh perasaan.saya sebenarnya sedang menunggu kedatangan seseorang yang saya sayangi di pagi raye kedua tetapi dia tak kunjung datang. Belah petang saya dapat tahu dia kemalangan jalanraya dan kini di rawat di hospital Muar. tapi Alhamdullilah dia cuma cedera tak beberapa serius. Mungkin sari dua lagi boleh keluo.pada semua pemandu jalanraya, hati-hatilah, jangan yang ditunggu tak tiba.

    Di bawah ni lirik lagu Kak Pah. Masih sedih nie bang...


    Yang Ditunggu Tak Tiba

    Di mana dia yang ku tunggu
    Pelita hati ku membisu
    Jawabkanlah keluhan hati ku
    Namun hilang rindu di kalbu

    Kini harapan ku impian
    Ikatan cinta di khayalan
    Apa daya ku terus merana
    Kerana yang ditunggu tak tiba

    ( 1 )
    Sunyi sepi hai alam ku pandang
    Meresap di jiwa ku
    Mana janji dan sumpah setia
    Kau beri mula dulu
    Apakan daya ku derita
    Rang bulan pun turut bersama
    Angin sepoi bagaikan berkata
    Kerana yang ditunggu tak tiba

    ( ulang 1 )

    ReplyDelete
  17. terima kasih kerana memberikan response yang baik pada artikel ini. Kita juga tidak mahu kemalangan berlaku pada kita, keluarga kita atau pada sesiapa juga pemandu macam kita. Sekiranya iannya berlaku juga, itu bukan kuasa kita.Tawakallah pada Allah kerana Dia yang menentukan segala kejadian.

    Pada Aida doa saya moga orang anda sayangi sembuh segera dan pada hantu pucong, tempat tu selalu jadi kemalangan ngeri, jadi apabila balik nanti, bacalah doa dan mohonlah keselamatan dari Allah swt.

    ReplyDelete
  18. Tema kasih bang tapi BF saya tu kini kakinya gantung sebelah. Dia bingung sikit. kita orang pun dia tak kenal. Kepalanya terantuk batu. Ada darah beku dalam kepala. Sedih bang.. Apa pun saya bersyukur kerana dia selamat

    ReplyDelete
  19. Aku kehilangan orang disayangi di petang raya.Tiada kegembiraan raya ini.

    ReplyDelete
  20. sama laa.. saya pun kehilangan ayah di ramdan ke lima tahun lepas.. ilang seri raya sudah.. tiada lagi erti raya bagiku

    ReplyDelete