Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Wednesday, July 29, 2009

Kenapa Bila Gaji Naik Je Anda Terus Nak Tukar Kereta

Kenapa Bila Gaji Naik je Anda Terus Nak Tukar Kereta ?May 28th, 2009 | Perancangan Kewangan
Dipetik dari Pakdi.my

Sekiranya anda baru sahaja bekerja, maka adalah sangat sangat sangat dan sangat mudah untuk anda mengamalkan konsep pay yourself first.
Kerana selaku graduan muda yang baru masuk pasaran kerja, selalunya anda belum ada:

1. Komitmen kewangan bulanan dengan institusi kewangan
2. Komitmen keluarga yang tinggi

Melainkan hutang PTPTN. Hehe.

Jadi, katakan anda dapat gaji permulaan RM 2000 pun, tolak itu ini anda masih ada sekitar RM 1800 lagi.
Maka, kalau anda jatuh dalam kategori di atas, anda tidak mampu simpan paling sedikit RM 500 sebulan dalam akaun seperti ASB dan Tabung Haji, memang lah nak kena luku. Sebab anda telah membaca tulisan di blog Pakdi.my ini!
Tetapi sekiranya anda terlambat tahu mengenai konsep ini, kereta sudah beli, komitmen lain sudah banyak, maka sudah tentu adalah sangat sangat sukar untuk mengamalkan pay yourself first ini.

Untuk mereka yang berada dalam kategori seperti ini, maka berusahalah juga menyimpan dalam akaun seperti ASB dan Tabung Haji paling sedikit RM 50.
Brader, rokok lu boleh perabis sampai 2-3 ratus sebulan, takkan la bajet rokok tak boleh potong kot ? Nanti lu kena sakit jantung, lu lupa ambik takaful, siapa nak tanggung lu punya medication ?
Dan, ini adalah trick yang anda perlu faham.
Bagi memastikan dari hanya menyimpan RM 50 anda akan dapat menyimpan lebih banyak di masa hadapan, dan savings anda juga akan terus meningkat sejajar dengan kenaikan gaji.

Ok. Untuk memulakan potongan gaji secara tetap, anda perlu kira secara peratusan, 10 %, 20%, 30% daripada pendapatan anda untuk di simpan. Bukan agak-agak RM 200 cukuplah, RM 300 ke.

Sekarang ni zaman materialistik, ramai orang akan pindah kerja kalau ada offer yang bagi gaji lebih tinggi dari tempat lama. Jarang la kita dengar orang accept lower salary di tempat kerja baru. Paling tidak pun gaji nak setara.
Jadi, bila gaji akan meningkat disebabkan anda berpindah kerja atau dapat increment maka savings yang anda lakukan itu juga akan meningkat.

Tempat lama gaji 2500, simpan 20 % = RM 500.
Tempat baru gaji 3200, simpan 20 % = RM 640.

Maka, kalau anda cuma agak-agak dan main taram je nak simpan berapa-berapa tanpa ada kaedah yang lebih sistematik, maka gaji RM 2500 pun anda simpan RM 200, gaji dah jadi RM 5000 pun anda akan terus simpan RM 200.
Itu tidak betul.

Gaji RM 2500 anda pakai Myvi
Gaji RM 5000 anda terus tukar Honda.
Tapi savings masih kekal RM 200.
Haiyaa …

No comments:

Post a Comment