Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Wednesday, July 29, 2009

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Kereta
Dipetik dari : Pakdi.my
Disember, 22, 2008














Ramai orang berpendapat manusia hari ini tidak boleh hidup tanpa kereta. Tetapi saya kenal 2 orang yang telah berjaya dalam bidang mereka, seorang profesor dan seorang senior lawyer yang hanya menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja.
Malah Sasterawan Negara, Pak Samad Said juga hanya menggunakan pengangkutan awam ke sana dan ke mari.
Sebenarnya ia adalah satu pilihan. Anda yang … sebenarnya … yang …
Ok. Saya dengar anda mula bising-bising tak puas hati.
Syy… Dengar lah dulu cerita saya pasal kereta.
Kereta, selain sebagai alat pengangkutan ia sebenarnya adalah satu …
Liabiliti
Sebab-sebabnya:
• Nilainya akan jatuh merudum sejurus selepas anda beli
• Nilainya makin jatuh saban tahun
• Anda menghabiskan 30%-40% daripada pendapatan bulanan anda untuk bayaran ansuran bulanan dan minyak dan tol.
• Anda terpaksa mengeluarkan banyak duit untuk kos servis, insurans dan sebagainya.
Wah.Wah.Wah.
Soalan Killer!
Berapa yang anda bayar untuk diri sendiri setiap bulan ?
• 30% ? 40 % ? 70 % ? dari keseluruhan pendapatan bulanan ?
• Tak buat ?
• Tak pernah tahu kena buat ?
• Malas nak buat ?
Hmm…
Hmm… Berapa ek ?
Hmm… Macam takde…
Adakah anda tahu anda sedang mencipta …
Sel kanser kewangan
untuk diri anda sendiri sekiranya anda langsung tidak membayar diri anda terlebih dahulu ?
Azizi Ali cakap
(Dia tu penulis buku Millionaires from The Different Planet)
Sekiranya anda tidak mampu nak habiskan hutang kereta dalam masa 1 tahun, ia bermaksud anda tidak layak membeli kereta tersebut.
Ya Ampun!
Oh my Gosh!



Tapi Pakdi! Tapi … !
Ok. Saya tahu apa anda nak cakap.
Syy… Dengar saya sambung lagi.
Sekiranya anda perlu juga menggunakan kereta untuk urusan harian, cuba tengok kiri kanan anda adakah anda ada melihat :
• Kereta lebih mak ayah
• Kereta lebih makcik pakcik
• Kereta lebih abang kakak adik
• Kereta lebih saudara rapat
Kemudian anda cakap pada mereka
“Tok, cucu ni nak simpan duit nak kahwin. Tok ada kereta lebih kan. Boleh cucu pakai tak ?”
(Dan ayat-ayat lain yang dirasakan sesuai dengan situasi anda. Takkan saya nak ajar semua benda.Huh.)
Dan kalau memang kereta tersebut dijadikan kereta “buruk” di rumah mereka, mereka mungkin akan offer
• Jual
• Sambung bayar
• Pakai je FOC tapi kos minyak, servis tanggung sendiri
Wah. Apa lagi. Tepuk kocek tengok dompet lah!
(Psst. Kalau kereta lebih itu adalah Mercedes, confirmlah anda tak mampu nak sambung bayar kan?)
Tapi Pakdi …
Ok. Saya tahu …
Anda tidak ada sesiapa yang disebutkan di atas.
Tapi anda kena faham, saya tak pernah kata JANGAN beli kereta baru langsung dalam hidup.
Tapi disebabkan anda baru bekerja, baru grad, adalah lebih baik anda JANGAN beli kereta baru dulu. Tunggu. Tangguh. Beberapa tahun. Kejap sahaja. Tidak lama. Pakai je kereta buruk beberapa tahun.
Delay.Gratification.
Nanti …
Nanti Dah ada sumber dan asas kewangan yang kukuh nanti, beli lah.
Hm… Macam ni. Sila cari kereta 2nd hand yang dijual oleh
1. Motivated seller, atau
2. Tukang lelong
Anda akan dapat cari kereta yang dijual dengan harga diskaun. Lebih murah dari market price.
Tapi pakdi …
Ok. Saya faham. Saya tahu komen anda.
Masa anda nak beli kereta 2nd hand tu, minta lah tolong
• Kawan yang bekerja sebagai mekanik
• Ayah, abang, adik lelaki (perempuan pun ada yang reti tau) yang tahu pasal kereta
• Pakwe yang tahu pasal kereta
• Kawan-kawan yang tahu pasal kereta
Untuk tengokkan keadaan kereta tu sebelum beli.
Boleh ?
Kemudian, pastikan kos installment bulan-bulan adalah lebih rendah dari apa yang anda bayar untuk diri sendiri.
Kalau anda bayar diri anda 30% dari jumlah gaji, pastikan installment kereta anda kurang dari 30%.
Tapi pakdi …
Apa tapinya lagi ?
Nak sangat kereta baru. Pergi lah beli.
Dan pergi buat bisnes part time! Biar ada extra income.
Biar bisnes part time tu yang tolong bayarkan installment kereta bulan-bulan tu.
No excuse.
End.Habis.Kholas.
p.s. Panduan ini khusus untuk graduan muda yang baru bekerja dan telah menjawat jawatan sebagai seorang junior eksekutif
p.p.s. Adakah anda tahu dengan menukarkan minyak hitam setiap 3 bulan sekali / 5,000 mileage boleh memanjangkan hayat enjin kereta anda ?
p.p.p.s Sekiranya Malaysia menghapuskan cukai-cukai kereta import dan kereta menjadi lebih murah, tips ini mungkin tidak begitu relevan lagi.

No comments:

Post a Comment