<Berfikiran Secara Yang Berbeza Dan Positif
Seperti biasa seorang kanak-kanak cacat penglihatan datang ke tempat yang selalu dikunjunginya bagi mendapatkan sedikit wang dari orangramai yang lalu lalang di situ. Beliau menadahkan topinya dan di badannya ada sekeping kertas yang tertulis,
" Saya cacat penglihatan, bantulah saya dengan ikhlas." Setelah setengah hari beliau berada di situ duit yang diperolehinya hanya beberapa ringgit sahaja.
Seorang lelaki melalui kawasan itu dan terlihat akan budak peminta sedekah itu. Beliau menyeluk poket seluarnya dan memasukkan beberapa ringgit di dalam topi budak itu. Beliau juga mengambil kertas yang ditulis oleh budak itu dan menulis sesuatu di belakangnya dan memakaikan balik ke badan kanak-kanak itu. Selepas dia berlalu, kanak-kanak itu menerima pengunjung yang ramai yang menghulurkan sedekah untuknya.
Lewat petang lelaki itu datang kembali kepada kanak-kanak itu. Suara dan hentakkan kakinya dikenali oleh kanak-kanak itu lalu ia bertanya,
"Encik, apakah yang encik tulis di atas kertas saya tadi menyebabkan lebih ramai orang yang memberikan sedekah untuk saya hari ini."
Lelaki itu menjawab, "Saya telah menulis sesuatu yang benar. Saya menulis seperti apa yang kamu tulis tetapi cuma berbeza ayatnya saja. Apa yang saya tulis ialah, hari ini hari yang indah, sayangnya saya tidak dapat melihat."
Adakah anda fikirkan tulisan pertama budak itu tadi dengan tulisan lelaki itu memberikan makna yang sama.
Sudah tentu kerana ke dua-dua tulisan tadi mengatakan budak itu cacat penglihatan. Tulisan pertama budak itu menyatakan budak itu cacat penglihatan tetapi tulisan ke dua lebih kepada anda lebih beruntung kerana anda tidak buta dan dapat melihat keindahan hari itu.
Adakah anda fikir tulisan ke dua lebih efektif
Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada berbanding mungkin dengan orang lain yang mungkin ada kekurangan
Cuba jadi lebih kreatif, inovatif dan berfikiran cara yang berbeza dan positif
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 25 TAHUN KEPADA SESEORANG PADA HARI INI 2/8/09,MOGA DIRIMU DIBERKATI USIA YANG MASIH ADA, DIMURAHKAN REZEKI DAN SIHAT SENTIASA OLEH ALLAH MAHA PENCIPTA..INSYA ALLAH!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sapakah orang yang bertuah itu!
ReplyDelete