Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Tuesday, August 11, 2009

Kad Bantuan Perubatan TISB















Takaful IKHLAS Menang Kategori Produk Takaful Paling Inovatif di KLIFF 2008
20 Nov 2008


PETALING JAYA, 19 November 2008 – Syarikat pengendali perlindungan berasaskan syariah, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) dinobatkan sebagai penerima Anugerah bagi Kategori Produk Takaful Paling Inovatif sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2008 kelima (KLIFF 2008) pada 18 November 2008, semalam.

Anugerah yang diperolehi melalui Produk IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT) itu telah disampaikan oleh Menteri Kewangan 2, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah KLIFF 2008 di Hotel Istana, Kuala Lumpur di sini semalam.

Syed Moheeb ketika ditemui selepas majlis penyampaian tersebut berkata, penganugerahan yang pertama kali diterima oleh Takaful IKHLAS sejak KLIFF diadakan lima tahun lepas itu merupakan satu penghormatan buat syarikat itu.

”Meskipun Takaful IKHLAS baru sahaja lima tahun berada di dalam industri Takaful, namun pengiktirafan yang diberikan kepada salah satu daripada 78 produk kami ini merupakan penghormatan yang tidak ternilai harganya. Ini membuktikan kepada umum, walaupun kami masih hijau di dalam industri ini tetapi produk kami setanding dengan syarikat-syarikat besar yang telah lama bergiat aktif bukan sahaja di dalam industri takaful tetapi juga insurans,’’ kata beliau.

Ketika diminta menerangkan mengenai ciri-ciri yang ada pada produk IMAT sehingga layak mendapat pengiktirafan itu Syed Moheeb berkata, selain 30 faedah perlindungan yang bakal diterima penerimanya, skim yang merupakan pelan rawatan hospital dan pembedahan itu merupakan pelan perlindungan takaful yang menawarkan sumbangan terendah berbanding produk-produk lain yang ada dalam industri insurans dan takaful pada hari ini.

“Kami menawarkan lima pelan bagi skim ini iaitu Pelan A, Pelan B, Pelan C, Pelan D dan Pelan E. Bagaimanapun peserta tidak perlu bimbang untuk memilih mana-mana pelan kerana kesemua pelan menawarkan faedah yang sama,’’ kata beliau mengenai produk yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Tapak Pameran Takaful IKHLAS di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini pada 20 April 2008.

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

Takaful IKHLAS yang telah pun mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak; Melaka, Kota Kinabalu, Sabah; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Putrajaya.

Sebarang pertanyaan : Ab Khalid - 019-4724218
- carleadbest07@gmail.com
- crleadbest@yahoo.com

1 comment:

  1. Memorandum : IMAT – H1N1

    Tuan/Puan,

    Sebagaimana sedia maklum sijil IMAT tidak melindungi penyakit
    berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang sebagaimana
    telah dinyatakan di dalam sijil. Ini termasuk wabak HINI yang semakin
    menular di negara ini.

    Bagaimanapun atas sifat prihatin, kami bersetuju membayar kos
    penghospitalan disebabkan oleh Influenza A (H1N1) atas dasar budi
    bicara (ex-gratia). Ini adalah sebahagian daripada Tanggungjawab
    Sosial Korporat kami.

    Namun demikian bayaran budi bicara ini hanya terbatas kepada kos
    penghospitalan sahaja, tertakluk kepada manfaat sijil dan tidak
    melindungi Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan. Pihak syarikat
    berhak menarik balik pembayaran ini pada bila-bila masa.

    Ingin kami menegaskan bahawa bayaran kos penghospitalan disebab oleh
    Influenza A (H1N1) ini adalah atas dasar budi bicara syarikat dan
    tidak boleh dijadikan contoh untuk kes seumpamanya di masa hadapan.

    Harap maklum.

    Sekian dan wassalam.

    ReplyDelete