Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Friday, August 21, 2009

Ayat 129 Surah At Taubah: Pelindung H1N1

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 20 Ogos 2009, jam 9.00 pagi)


Kes Kematian : 1
Jumlah Kematian : 68

Dimaklumkan sehingga 20 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 1533 pesakit influenza like illness (ILI) sedang dirawat di 104 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 195 telah disahkan positif H1N1. Pada masa yang sama seramai 188 kes telah di discaj.

Dari 195 kes yang disahkan H1N1, 35 kes berada di ICU dimana 4 kes merupakan kemasukan baru sementara 5 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 35 kes yang sedang dirawat di ICU, 20 kes (57%) mempunyai faktor risiko iaitu diabetes (4), penyakit kronik (5), asma (2), hamil dan bersalin (4), obesiti (1), kanak-kanak istimewa (2) dan kanak – kanak di bawah setahun (2).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini, iaitu seorang wanita berusia 33 tahun yang sedang hamil 34 minggu.
Lagi...



Situasi Global

Sehingga 20 Ogos 2009 jam 8.00 pagi, terdapat peningkatan kes jangkitan influenza A(H1N1) sebanyak 3,354 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 231,269 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 207 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,353.


2.89% rakyat Malaysia telah meninggal dunia akibat H1N1 dari perangkaan dunia itu.Ini adalah jumlah yang besar. Jadi, ambillah langkah yang terbaik untuk mengelak dari jangkitan selsema babi itu dan di antaranya bacalah ayat Al Qur'an ini:

Surah At Taubah ayat 129 bermula dari 'Hasbi....hingga akhir ayat"

"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki"Arsy yang agung"

Bacalah 7 kali di waktu pagi dan 7 kali di waktu petang. Insya Allah Allah akan melindungi kita dari sebarang bencana termasuklah dari selsema babi ini.

No comments:

Post a Comment