Salam,
Cameroon Highland adalah tempat percutian tanah tinggi yang amat kerap saya kunjungi. Sejak pertama kali menjejakinya pada akhir tahun 1984 dahulu hingga kini hampir 100 kali agaknya saya telah melawatinya. Dulu udaranya amat nyaman dan segar tetapi kini udaranya tidak sesegar dulu dan kian terasa bahannya hatta pada waktu malam sekalipun.
Perkembangannya amat pesat sekali. Pembangunannya ada di mana-mana hingga menjejaki puncak bukit yang tinggi.Pemandangannya tidak seindah dahulu malah asap dan bunyi kenderaan yang melewati jalan di sini amat bingit sekali setiap masa.
Harga makanan juga agak mahal dan juga sayur-sayuran dan juga buahan-buahan. Malah ladang dan pengilang teh boh juga tidak memberikan apa-apa diskaun pada harga teh yang dijual di kilang mereka.
Cameroon Highland kini dikunjungi oleh berbagai bangsa manusia dan dari berbagai negara.Ramai juga pelancung dari negara teluk yang berada di sini sempena musim karnival membeli belah di Malaysia kini dan kesempatan ini digunakan oleh mereka untuk melancung ke bumi Cameroon Highland ini.
Walaupun begitu nampaknya pelancung asing ini tidak berapa peka tentang selsema babi yang menjadi wabak di Malaysia kini.Kesemua yang saya temui tidak langsung memakai 'mask' dan hanya orang kita sahaja yang berbuat begitu. Saya rasakan mereka sudah amat bersedia dari segi mental dan fisikal untuk menghadapi wabak ini dan persediaan awal memang telah mereka amalkan.
Cara pencegahan yang paling efektif ialah dengan membasuh tangan setiap kali kita menyentuh apa-apapun benda atau manusia. Basuh dengan air dan sabun atau gunakan saja 'sanitizer'.Tempat-tempat yang berisiko ialah seperti tombol pintu, penekan lif, pemegang ascelator,pemegang tangga,pintu bas, duit yang bertukar tangan dan banyak lagi tempat-tempat yang mana kita sentuh dan perlu kita membasuh tangan
Jangan pergi ke pusat tumpuan orangramai seperti ekspo,pesta dan pesta-pesta hiburan. Mungkin di antara sebab orang Melayu lebih ramai dijangkiti kuman ini kerana berada di tempat-tempat begini. Bagaimana mungkin kita mendapat perlindungan Allah kerana pada masa yang sama kita menghadiri pesta yang melalaikan dan mendapat kemurkaan Allah.
Sejak akhir-akhir ini email kita di asak dengan doa pelindung H1N1 dan kalau kita melayari blogs sahabat kita juga keadaannya pun begitu malah ada yang mempertikaikan doa itu datangnya dari sumber yang tidak sahih. Apa pun kalau kita sentiasa berada di kalangan jemaah masjid, kita digalakkan untuk solat hajat,lakukanlah ia untuk meminta perlindung dari Allah swt. Hanya Allah saja yang boleh membantu kita bukan ada kuasa lain.Seandainya Allah hendak perkara itu berlaku tiada ada kuasa lain yang boleh menghalangnya dan sebaliknya sekiranya Allah tidak mahu perkara itu berlaku, tiada ada kuasa lain yang mampu mengubahnya.
Cara solat hajat yang biasa dilakukan oleh kebanyakan masjid-masjid dengan pimpinan Tuan Imam ( lakukan sendiri lebih baik )
1. Niat dan solat hajat dua rekaat ( untuk minta perlindungan dari selsema babi )
2. Selepas bacaan Fatihah rekaat pertama, baca ayat Al Kursyi ( 1 kali )
3. Selepas bacaan Fatihah rekaan ke dua, baca surah Al Ikhlas ( 7 kali )
4. Salam dan membaca istiqfar ' Astaqfirullahal adzhim... ' 3 kali, baca 'ya haiyu ya qaiyum ya zalzalali wal iqram '3 kali dan 'la illah haillallah anta subhanaka inni kuntum minazdholimin' 3 kali ( minta maaf sekiranya terjemahan saya ini kurang tepat, sila rujuk bacaan dalam bahasa arab yang sebenar ).
5. Lalu sujud dan berdoalah dan pohonlah dari Allah untuk dijauhkan dari selsema ini. Allah amat mendengar dan memahami apa bahasa pun yang kita ucapkan. Berdoalah bersungguh-sungguh dan kalau boleh sehingga sebak di dada dan mengalirkan airmata hingga membasahi sejadah kita. Insya Allah dengan keikhlasan kita, moga doa kita diperkenaankan. Amin!
Takziah untuk allahyarham ustaz Asri dari kumpulan Rabbani yang telah kembali kepada penciptanya semalam.Moga Allah mengampuni dosa-dosanya. Al Fatihah untuknya..
Friday, August 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment