Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Sunday, October 25, 2009

Sejadah Berdiri Lagi















Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan berbagai perkara aneh yang berlaku di sekeliling kita di antaranya sejadah berdiri.Saya sebenarnya berkesempatan melihat salah satu dari peristiwa itu di Taman Hj Mohd Amin, Permatang Pauh baru-baru ini.

Berbagai cerita yang terdengar yang mengakibatkan peristiwa itu berlaku dan berbagai andaian yang kita dengar dari mulut orang ramai akan peristiwa itu. Apa pun yang berlaku, inilah andaian saya:

1. Sejadah itu hanya berkeadaan duduk antara dua sujud sahaja. Mengapa dia tidak berkeadaan rukuk ataupun sujud ataupun lagi brutal kalau dia berdiri.
2. Setelah berjam-jam melihat keadaannya begitu, ia tetap begitu dan tidak ada apa-apa perubahan pun.
3. Keadaan sejadah itu juga mencurigakan seolah-olah ianya digubah oleh seseorang yang mahir dalam kerja mengubah bahan.
4. Keadaan sejadah itu yang duduk seakan-akan duduk antara dua sujud itu menggambarkan seolah-olah ianya sedang bertafakur dan ini memberikan gambaran seolah-olah sami Buddha sedang bermeditasi.

Sejadah adalah suatu benda yang tidak bernyawa dan ianya hanya boleh digerakkan oleh kuasa lain.Kejadian sejadah duduk ini sama sekali bukanlah kerja malaikat kerana malaikat tidak ditugaskan untuk melakukan kerja sedemikian sebaliknya bagi pendapat sayalah ianya adalah kerja makluk halus yang bertujuan untuk mengusik dan menggangu manusia serta cuba untuk menunjukkan kemampuannya. Sekiranya kita mengagumi kebolehannya dengar tersiarnya di TV, radio dan akhbar-akhbar, maka mereka akan menjadi lebih bangga dan akan berlaku lagilah sejadah duduk ini di tempat lain pula.

Sekiranya ianya adalah benar, ia adalah kerja jin yang mahu mengusik dan menakutkan manusia dengan ketentuan dan izin Allah juga.

Sekiranya kejadian ini hendak kita jadikan sebagai ikhtibar,keinsafan dan keajaiban, adalah lebih baik kita melihat dengan apa yang berlaku di depan mata kita seperti gempa bumi di Padang, Indonesia, Tsunami dan ayat-ayat Qur'an yang terbit dari kulit kanak-kanak. Itu lebih lojik rasanya daripada kita melihat sejadah duduk.

2 comments:

  1. Saya pun konfiuslah bang!banyak sangat berlaku sejadah duduk nie. tapi betul gak, mengapa dia asyik duduk aje, tak sujud ke, tak rukuk ke, Keja orang sewel ni bang ataupun keja jin.

    ReplyDelete
  2. Ni kes berat, dah pakai kopiah pulak. Tasbih lagi

    ReplyDelete