Sunday, October 4, 2009
Selamatkah Malaysia
( klik gambar untuk lebih jelas )
Gempa bumi berukur 7.6 ritcher yang melanda Sumatera barat baru-baru ini telah meragut lebih seribu orang dan lebih 4,000 lagi dikuatiri mati tertimbus di empat buah kampung. Beratus lagi telah mati di Kepulauan Samoa akibat dari Tsunami. Diberitakan lagi gempa bumi juga telah melanda Indonesia Timor.
Banjir dan ribut Ketsana dan Parma telah melanda Filipina dan Ribut Parma telah melanda Vietnam dan Kemboja, telah mengorbankan beratus orang juga. Ribut dan banjir juga telah melanda India Selatan dan juga telah mengorbankan ratusan orang.
Di Malaysia, ribut juga melanda di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak dan di beberapa negeri di Utara Malaysia. Nampaknya bencana alam ini terus menerus berlaku walaupun belum ada lagi berita kematian di bumi Malaysia kini.
Walaupun akibat gempa ini belum lagi memberi kesan pada Malaysia, persoalannya adakah Malaysia selamat.
Malaysia dikira beruntung kerana terletak di kelilingi kepulauan dan tanah besar yang boleh dijadikan benteng dari kemungkinan ribut dan banjir besar. Di Utara kita ada Thailand, di Selatan, Kepulauan Indonesia dan Borneo, di Barat, Kepulauan Sumatera dan di Timor, kita ada Kepulauan Filipina dan Taiwan yang boleh dijadikan benteng kita. Juga Malaysia juga terletak tidak dalam lingkaran api Pasifik. Cuma yang dikhuatiri ialah Malaysia terletak di tengah-tengah lingkaran api itu. Seandainya berlakunya gempa yang berterusan, dan plat bumi terus bergegar dan menggelunsur, apa akan jadi pada bumi Malaysia,samada kita ternaik ke atas atau tenggelam ke dalam air laut.
Jadi janganlah kita rasa senang hati kerana bencana tidak berlaku di bumi kita. Marilah kita bersyukur pada nikmat Allah dan bantulah pada mereka yang menerima musibah di bumi Sumatera dan lain-lain tempat di Indonesia kerana mereka adalah seagama dengan kita. Berdoakan kita supaya bencana seumpama itu tidak berlaku di bumi Malaysia yang bertuah ini. Insya Allah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang kita tidak selamat. Kalau tengok peta tu, kita berada di tengah2. Nak lari ke mana.Keliling kita lingkaran gunung berapi dan deretan gempa bumi. Moga Allah menyelamatkan bumi Malaysia ini dan semua penduduknya terutamanya orang2 Islam dari semua bencana itu. Amin!
ReplyDeleteSejak akhir ni memang banyak bencana alam yang berlaku, rasanya hari kiamat dah semakin hampir. Penentangan kepada Allah pun dah berleluasa. Orang Islam buat maksiat di Malaysia berlambak-lambak macam tak tahu pasal dosa. Apapun pada kita yang boleh berfikir secara waras, insaflah! bertaubatlah! Dunia ini sudah tua tak terkecuali Malaysia.
ReplyDeleteRasanya orang Islam di Malaysia tak rasa apa-apa pun akan musibah ini. Ialah kita tak kena. banyak kerosakan telah kita lakukan kini. Dari rakyat kepada pemimipin semua telah rosak akhlaknya. rasuah, zina, minum arak, penentangan hukum Allah, tinggal solat dan ada yang mengaku nabi dan rasul. Betul kata Mira, marilah kita bertaubat sementara peluang masih ada. Bagi pemimipin sekelian, janganlah mendahulukan rakyat kepada segala bebanan yang ditanggung. Dahulukan rakyat dengan perkara yang baik bukan dahulukan rakyat menerima bebanan seperti kenaikan harga minyak, barangan harian dan kos-kos hidup lain. Ingatlah anda dipilih oleh rakyat dan anda ada Tuhan yang akan menilai perbuatan anda.
ReplyDeleteJangan lupa hulurkan derma kepada mangsa di Sumatera. Mereka memerlukan bantuan kita.sesen dua sen walaupun kecil bagi kita tapi besar pada mereka. Ayuh! bantu mereka.
ReplyDelete