Sewaktu kursus SSP ke 16 minggu lalu di Pualau Pinang, seorang peserta wanita saya menceritakan kisah ini di hadapan peserta yang lain. Mari kita hayati cerita ini dengan izinnya.
Kak Mah ( bukan nama sebenar ) adalah seorang pengusaha butik pengantin oku yang mendapat biayaan pinjaman MIKRO kredit dari sebuah institusi kewangan.Kaka Mah mempunyai dua orang abang dan seorang adik lelaki, sementara ibubapanya telah lama meninggal dunia.
Ibunya telah meninggal dunia dulu dari ayahnya.Kak Mahlah yang menjaga bapanya ketika beliau uzur kerana beliau sahaja yang belum berkahwin sementara adik beradik yang lain telah berumahtangga dan mempunyai rumah kediaman masing-masing.
Ketika bapanya begitu uzur kerana usia tua, saudara tuanya mencadangkan agar tanah enam relong kepunyaan bapanya yang di atasnya ada rumah yang dihuni oleh Kak Mah dan bapanya kini ditukarkan nama kepadanya untuk memudahkan urusan pembahagian harta sekiranya bapanya meninggal dunia kelak.Tanpa merasa syak wasangka cadangan abang mereka itu,maka mereka mengusung bapanya yang uzur itu ke pejabat peguam untuk urusan itu dan tidak lama kemudian bapanya nenghembuskan nafas terakhir.
Semua adik beradik yang empat orang ini tahu tanah yang dihuni oleh Kak Mah itu adalah kepunyaan mereka walaupun geran tanah itu atas nama abang sulung mereka seorang.Hasil mahsul pun mereka bagi samarata dan tiada apa-apa masalah yang berlaku antara mereka.
Masa pun berlalu dan ditakdirkan abang sulung mereka terlibat di dalam kemalangan jalanraya dan meninggal dunia di tempat kejadian.Abang sulung mereka meninggalkan seorang isteri yang tidak berkerja dan lima orang anak lelaki yang semuanya berkerja di Kuala Lumpur.Kak Mah berasa begitu sedih sekali atas kejadian ini dan tidak menyangka seorang demi seorang keluarga beliau pergi meninggalkan dia.Walaupun begitu Kak Mah masih terus menetap di rumah atas tanah pusaka itu dan memakan hasilnya sewa tanah samarata ke semua adik beradik yang ada.
Selang beberapa tahun kemudian,perkara yang tidak diingini oleh Kak Mah dan juga dua lagi adik beradiknya berlaku. Anak kepada abang Kak Mah yang meninggal dunia itu ( anak saudaranya ) yang menetap di Kuala Lumpur datang berjumpa dengan Kak Mah dan mengarahkan Kak Mah berpindah dari rumah yang dia diami itu kerana tanah itu akan dijualkannya. Mereka menuntut bahawa tanah itu milik arwah bapa mereka seorang sahaja seperti yang tercatit dalam geran tanah dan mereka berhak untuk melakukan apa sahaja. Mereka ingin menjualkan tanah itu supaya harta pusaka boleh dibahagi-bahagikan kepada semua anak-anak si mati dan mereka sudah ada pembelinya.
Dipendekkan cerita kak Mah terpaksa berpindah dari rumah milik arwah bapanya dan tiada apa yang boeh dilakukan oleh dirinya juga adik beradik yang lainnya. Maka tanah itu telah dijual walaupun anak saudaranya itu tahu bahawa tanah itu adalah milik pak saudara dan mak saudara mereka dan bukan milik bapa mereka seorang diri.Wang telah melupakan diri mereka dan sanggup mereka menghalau mak saudara mereka sendiri yang kurang upaya itu dari rumah pusaka datok mereka sendiri dan menidakkan hak bapa saudara mereka dari segi harta pusaka itu.
Pengajaran dari cerita ini:
1. Segala apa pun perjanjian mestilah ada hitam putihnya dan seboleh-bolehnya biarlah ada saksi dan dilakukan di pejabat peguam.
2. Wang telah mengajar manusia menjadi biadap kerana mereka menganggap wang lebih utama dari persaudaraan.
3. Kurangnya ilmu agama dan harta pusaka menyebabkan manusia tidak tahu mana yang hak dan mana yang batil
4. Jangan mudah percaya dengan janji dan pujukan orang.
5. Ingatlah walaupun anda terlepas di dunia ini tetapi azab kubur amat berat pada pemakan harta pusaka yang bukan haknya.
Waullahu a'lam
Wednesday, October 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment