Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Friday, December 11, 2009

Di suatu sudut pengurusan

Cerita 1

Suatu hari yang cerah seekor singa baring bermalas-malasan di hadapan gua tempat kediamannya, sebentar kemudian seekor serigala datang menghampirinya.

Serigala: "Pukul berapa sekarang, jam saya ini rosak"
Singa: "Oh, jam awak rosak, mudah saja saya boleh perbaiki"
Serigala: "Hmm... tapi mekanisma jam adalah halus dan berselirat, dan dengan kuku kau yang tajam itu akan menambah kerosakkannya lagi."
Singa: "Oh tidak, berikan pada saya, tentu saya boleh memperbaikinya"
Serigala: "Ini sudah mengarut! Semua orang bodoh pun tahu singa yang malas dengan kuku yang tajam ini mustahil boleh memperbaiki enjin jam yang kompleks ini"
Singa: "Tentu boleh, berikan pada saya, tiada masalah untuk saya memperbaikinya"

Singa menghilangkan diri di dalam gua kediamannya.Tidak lama kemudian dia keluar dengan jam serigala yang sudah diperbaiki dengan sempurna. Serigala begitu kagum dengan kehebatan singa, tetapi singa berpura-pura tidak mendengari akan segala pujian oleh serigala itu dan sebaliknya dia terus bermalas-malas di bawah sepohon pokok rendang

Tidak beberapa lama kemudian seekor serigala jantan melintasi tempat singga bermalas-malas itu lalu bertanyakan sesuatu.

Serigala: "Bolehkah saya melihat TV di rumah awak malam ini kerana TV saya baru saja rosak"
Singa: "Oh, TV rosak boleh diperbaiki, mudah saja"
Serigala: "Awak jangan cuba memperdaya saya dengan kenyataan yang tidak masuk akal ini.Tidak ada cara bagaimana singa yang berkuku tajam ini boleh memperbaiki TV saya.”
Singa: "Tidak ada masalah. Cubalah dulu, nanti baru kau tahu?"

Singa membawa TV serigala ke dalam gua. Tidak lama kemudian TV serigala sudah elok diperbaiki . Serigala merasa amat gembira dan mengagumi akan kebolehan singa.

Kejadian sebenar: Di dalam gua kediaman singa. Di suatu sudut gua itu ada beberapa ekor arnab yang cerdik sedang membuat kerja-kerja memperbaiki alat-alat elektrik atau apa-apa kerja yang sukar. Di suatu sudut yang lain pula seekor singa sedang duduk dengan senang hati sambil mengawasi kerja-kerja yang arnab oleh lakukan itu.

Moral : jika anda hendak tahu mengapa seseorang pengurus itu begitu hebat, lihatlah pekerja-pekerja di bawahnya yang melakukan kerja untuknya.

Dari sudut pengurusan :Begitu juga jika sekiranya kita dapat tahu seseorang yang tidak menjalankan tugasnya dengan baik tetapi masih dinaikkan pangkat, maka kita perlu lihat kerja-kerja atau idea-idea yang dilakukan atau disumbangkan oleh orang-orang bawahannya.

Cerita No 2

Pada suatu hari yang cerah, seekor arnab duduk bersenang-senang di luar lubang kediamannya sambil menaip sesuatu dengan laptopnya. Tidak lama kemudian seekor serigala melintas di hadapannya dan bertanyakan sesuatu

Serigala: "Apa yang kau lakukan itu arnab?"
Arnab: "Saya sedang menyiapkan tesis master saya."
Serigala: "Hmm... Ia berkaitan dengan apa?"
Arnab: "Oh, Saya sedang menyiapkan kajian bagaimana arnab boleh makan serigala."
Serigala: "Itu suatu yang melucukan ! Semua orang bodoh pun tahu arnab tidak boleh makan serigala.!
Arnab: "Mari ikut saya, di sana nanti saya akan tunjukkan kebenarannya!"

Kedua-duanya pun hilang di dalam lubang persembunyian arnab. Tidak beberapa lama kemudian, sambil melemparkan tulang serigala keluar, arnab berjalan keluar seperti biasa dan meneruskan kerja-kerja menaip tesisnya..

Tidak lama kemudian seekor serigala jantan datang dan melihat arnab yang sedang bertekun dengan kerja –kerja tesisnya.

Serigala: "Apa yang awak taipkan itu arnab?"
Arnab: "Saya sedang menaip tesis saya bagaimana arnab boleh memakan serigala."
Serigala: "Awak jangan harap kerja-kerja awak ini akan diterbitkan atau akan diterima oleh penyelia awak?"
Arnab: "Tidak ada masalah. Awak ingin tahu mengapa saya berkata begitu?"

Arnab dan serigala masuk ke dalam lubang penginapan arnab dan seperti sebelumnya arnab yang keluar sendirian dan meneruskan kerja-kerja menaip tesisnya semula.

Akhirnya seekor beruang datang dan menghampiri arnab, "Apa yang awak lakukan?
Arnab: "Saya sedang menaipkan tesis bagaimana arnab boleh memakan beruang."
Beruang: "Ini satu kajian yang melucukan dan bodoh!"
Arnab: "Mari masuk ke dalam rumah saya dan akan saya tunjukkan kebenaran kajian saya ini"

Ditempat kejadian : Selepas mereka memasuki lubang arnab, seekor singa jantan yang besar sedang menunggu kehadiran mereka dan arnab memperkenalkannya kepada beruang.

Moral: Tidak kiralah berapa teruknya tajuk tesis anda tetapi yang anda perlu anda tahu dan ada ialah siapakah penyelia anda.

Dari sudut pengurusan: Tidak kiralah berapa teruk sekalipun kerja-kerja yang anda lakukan ataupun pencapaian anda di tempat kerja tetapi yang penting samada anda disukai oleh bos anda ataupun tidak.

No comments:

Post a Comment