Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Monday, December 21, 2009

Adakah pihak pengurusan mengenali setiap kakitangannya?

Adakah pihak pengurusan mengenali setiap kakitangannya?

Semasa melangkah masuk ke dalam kilangnya, Pengarah Urusan Syarikat mendapati ada seorang pemuda yang sedang bersenang-senang bersandar di dinding bangunan tanpa melakukan apa-apa kerja.

Dia menghampiri pemuda itu dan dengan tenang dia bertanya,

“Berapa banyak gaji awak dapat sebulan?”

Pemuda itu agak kehairanan kerana ditanya dengan soalan yang begitu peribadi . Dia memandang tepat ke arah lelaki yang bertali leher merah dan berkot hitam itu lalu menjawab,

“ Saya memperolehi RM 1,500 sebulan, Tuan, tetapi mengapa Tuan bertanya?”

Tanpa menjawab soalan yang diajukan oleh pemuda itu, dia mengeluarkan dompet duit dan mengeluarkan RM 4,500.00 lalu memberikan kepada pemuda berkenaan.

“Di kilang ini saya menggaji orang untuk berkerja, bukan hanya berdiri dan bersenang-senang melihat keindahan.”

“Itu gaji tiga bulan kamu, mulai sekarang kamu boleh keluar dari kilang ini dan jangan datang ke kilang ini semula.”

Pemuda itu memalingkan mukanya ke arah pintu kilang dan terus hilang dari pandangan.

Menyedari perbuatannya diperhatikan oleh ramai kakitangannya yang berada di situ, Pengurus Urusan itu memandang ke arah mereka dan dengan nada yang tegas lalu berkata,

“Apa yang saya lakukan ini akan berlaku juga pada ke semua kakitangan di kilang ini.”

Dia menghampiri salah seorang pemerhatian kejadian tadi dan bertanya,

“Siapakah pemuda yang baru saya pecat tadi? Dia dari jabatan mana?”

Dengan agak tergamam pemerhati kejadian itu menjawab.

“Pemuda itu adalah penghantar bunga dari ‘gifts shop’ berhampiran, Tuan.”

Sumber : Unknown.( alih bahasa )

No comments:

Post a Comment