Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Wednesday, September 2, 2009

Takaful IKHLAS Dinobat Penyedia Takaful / Retakaful Terbaik 2008
16 Feb 2009

PETALING JAYA, Februari 16 – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai Penyedia Takaful/Retakaful Terbaik 2008 oleh pembaca Berita Kewangan Islam ataupun Islamic Finance News (IFN) dalam satu undian yang diadakan sempena Anugerah Berita Kewangan Islam 2008 baru-baru ini.

Anugerah yang diadakan buat kali ke-empat pada tahun 2009 ini dimenangi oleh Takaful IKHLAS menerusi undian yang dilakukan oleh pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam melalui IFN yang diterbitkan pada setiap hari Jumaat. IFN merupakan Berita Kewangan Islam yang memfokuskan kepada industri dan pasaran kewangan antarabangsa.

Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, anugerah yang diterima pihaknya itu merupakan kayu pengukur kecemerlangan mereka sehingga hari ini.

Takaful IKHLAS juga menganggap anugerah ini sebagai satu penghormatan terbesar di peringkat antarabangsa, sebagai pengendali perlindungan Takaful yang baru sahaja beroperasi selama enam tahun.

“Anugerah itu membuktikan meskipun Takaful IKHLAS merupakan syarikat yang baru, tetapi produk-produk kami telah pun mendapat perhatian masyarakat di luar sana,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Takaful IKHLAS di sini hari ini.

Beliau memberitahu, anugerah yang diterima oleh mereka itu akan dijadikan pemangkin kepada kejayaan Takaful IKHLAS pada tahun mendatang dan seterusnya memastikan syarikat tersebut terus berdiri kukuh dalam industri insurans dan takaful.

Syed Moheeb berkata, anugerah yang dilancarkan oleh IFN itu diadakan bagi mengiktiraf syarikat-syarikat yang menjalankan operasi dan menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada institusi kewangan Islam.

Dalam pada itu menurut Syed Moheeb, kemenangan tersebut juga merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful IKHLAS bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Kita telah mempunyai pelbagai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan oleh yang demikian usaha yang berterusan sedang dilakukan bagi memastikan ianya dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini. Sehubungan dengan itu, Takaful IKHLAS sangat berbesar hati apabila terpilih sebagai penerima anugerah tersebut meskipun penglibatan kami dalam industri Takaful masih baru jika hendak dibandingkan dengan pengendali takaful yang lain,” ujar beliau.


Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

Takaful IKHLAS yang telah pun mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak; Melaka, Kota Kinabalu, Sabah; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Putrajaya.

Segala pertanyaan tentang pelan takaful yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas, sila hubungi 019-472 4218

No comments:

Post a Comment