Utusan Malaysia Online - Rencana
Shared via AddThis
Wednesday, September 30, 2009
Monday, September 28, 2009
Yang Ditunggu Tak Tiba
Sharifah Aini
Yang Ditunggu Tak Tiba
( Ihsan dari Aida Via komen
dari artikel kemalangan jalanraya )
Di mana dia yang ku tunggu
Pelita hati ku membisu
Jawabkanlah keluhan hati ku
Namun hilang rindu di kalbu
Kini harapan ku impian
Ikatan cinta di khayalan
Apa daya ku terus merana
Kerana yang ditunggu tak tiba
( 1 )
Sunyi sepi hai alam ku pandang
Meresap di jiwa ku
Mana janji dan sumpah setia
Kau beri mula dulu
Apakan daya ku derita
Rang bulan pun turut bersama
Angin sepoi bagaikan berkata
Kerana yang ditunggu tak tiba
( ulang 1 )
Sunday, September 27, 2009
Kemalangan Jalanraya
Berita Minggu, 27hb. Sept 2009
KUALA LUMPUR: Satu kaedah pemantauan menyeluruh lebih berkesan dan tindakan penguatkuasaan yang menimbulkan perasaan takut di kalangan pengguna jalan raya, perlu dilaksanakan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut yang meningkat, terutama pada musim perayaan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, kajian mendalam terhadap kes kemalangan yang berlaku mendapati ia boleh dielakkan jika pemandu mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan, malah kadar kemalangan dapat diturunkan ke paras lebih rendah jika mereka tidak cuai dengan melanggar undang-undang sedia ada.
Apa pandangan anda.
Ada beberapa sebab mengapa kemalangan jalanraya berlaku di musin perayaan.
Faktor pemandu
1. Pemandu yang cuai atau lalai mengenai peraturan jalanraya.
2. Pemandu yang tidak faham atau tidak tahu atau tidak mahu
ambil tahu akan peraturan jalanraya.
3. Keletihan atau mengantuk semasa memandu
4. Memandu dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh dadah
5. Memandu dengan tergesa-gesa
6. Ego mahu tunjuk kehebatan dan suka berlumba-lumba
7. Memandu dengan keadaan amat laju dari had yang dibenarkan
8. Memandu dengan keadaan yang perlahan hingga menimbulkan
kurang sabar kepada pemandu di belakang.
9. Pemandu yang kurang perihatian semasa memandu seperti
mendengar telefon bimbit,bersembang, bercinta, mendengar
radio terlalu kuat atau terlalu berhati-hati.
10.Tiada lesen memandu yang sah.
11.Kurang pengalaman memandu atau baru dapat lesen memandu.
12.Kurang pengalaman pemanduan jarak jauh
13.Tidak membaca doa naik kenderaan dan lupa akan kuasa Allah.
Kesalahan yang kerap dilakukan:
1. Memotong di garisan berkembar
2. Memotong dari belah kiri jalan
3. Melanggar lampu isyarat merah
4. Tidak berhenti di garisan patut berhenti di simpang jalan
5. Memandu melebihi had pemanduan yang dibenarkan
6. Memandu terlalu perlahan di had pemanduan yang dibenarkan
7. Mengekori pemandu hadapan terlalu rapat dan seolah-olah membuli
8. Memotong atau membelok laluan tanpa memberikan lampu
isyarat kenderaan
9. Membrek kenderaan tanpa ada ada sebab tertentu
10.Memandu di laluan kanan atau lorong laju sedangkan ia memandu
dengan keadaan perlahan
11.Meletakkan kenderaan ikut suka hati saja tanpa memikirkan akan
kesusahan orang lain
Faktor kenderaan
1. Enjin kenderaan yang tidak diservis dengan sempurna
2. Tayar kenderaan kurang bunga @ cengkaman
3. Brek kurang cengkaman dan tidak diganti.
4. Membawa lebih muatan menyebabkan sukar kawalan sewaktu mengambil
selekoh atau membrek kecemasan
5. Lampu isyarat sisi tidak berfungsi atau tidak terang
6. Menggunakan spotlight yang menyilaukan pandangan pemandu bertentangan
7. Memasang lampu isyarat kecemasan sewaktu hujan lebat yang boleh
mengelirukan pemandu lain.
Faktor jalan
1. Jalan yang sempit dan berliku
2. Jalan yang berlubang dan kurang diberi perhatian oleh
Majlis Kerajaan Tempatan
3. Lampu isyarat jalan yang tidak berfungsi
4. Semak samun yang melindungi pemandangan pemandu di persimpangan jalan
5. Jalan yang terlalu gelap samada tiada lampu jalan atau lampu yang rosak
Faktor-faktor lain
1. Binatang ternakan atau liar yang melintas jalan
2. Paip air pecah dan lambat diselenggarakan
3. Pokok tumbang
4. Hantu melintas jalan ( ? ).
Berdasarkan fakta di atas, sekiranya berlaku kemalangan jalanraya, adakah tindakan yang keras boleh dikenakan kepada pemandu kenderaan seperti ditarik lesen pemanduan, didenda dengan bayaran kompaun yang tinggi atau dipenjarakan.
Sekiranya kita menarik lesen pemanduan mereka,adakah kita berupaya mengurangkan kadar kemalangan ini.Pada hakikatnya tanpa lesen pun ramai pemandu yang memandu selamba saja, terutamanya pemandu motorsikal.
Ada dua kesan yang dialami dari kemalangan jalanraya ini:
1. Kehilangan keluarga atau harta benda kepada pemandu
2. Menyebabkan kehilangan keluarga atau harta benda kepada
orang lain akibat dari perbuatan kita yang menyebabkan
kemalangan itu berlaku walaupun tidak berlaku pada kita.
Saranan saya:
Bagi kesalahan berat seperti melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, memotong di sebelah kiri jalan,memandu terlalu laju, memandu terlalu
perlahan dan tidak berhenti di garisan berhenti di persimpanagn jalan, hukumnya:
1. Denda maksima
2. Diwajibkan menjalani ujian dan kursus khusus pemanduan semula
dan diwajibkan lulus 100% bagi kursus praktikal dan amali.
3. Diwajibkan menjalani ujian dan kursus kesabaran dan patuh perintah
Kesemua perkara ini wajib dilakukan dalam masa bawah 6 bulan dari saman yang dikeluarkan dan segala kos yang terlibat akan ditanggung oleh pemandu yang terbabit. Jika gagal berbuat demekian, penjara adalah jalan akhir.
4. Menghadkan jumlah maksima penumpang terutamanya kereta kecil
5. Mengenakan denda bagi kenderaan yang tayar yang kurang bunga.
6. Menyaman pemandu yang memandu kenderaan dengan perlahan di lorong laju
7. Denda maksima bagi pemndu yang memandu menggunakan telefon
bimbit dan merampas peralatan komunikasi itu sertta merta.
8. Pemandu yang mabuk dan di bawah pengaruh dadah, sebat adalah
hukum yang setimpal.
Friday, September 25, 2009
Berhat--hati bila makan buah epal
Berhati-hati bila anda memakan buah epal
Tolong jangan makan kulit epal kerana ia disaluti dengan lilin
Periksa dahulu sebelum anda memakan buah-buahan lain juga.
Lilin telah digunakan untuk pengawetan dan simpanan dingin
Anda mungkin terperanjat apabila mengetahui terutamanya epal dari USA dan seumpamanya telah berusia lebih satu tahun, walaupun ianya nampak begitu segar kerana lilin yang menyaluti buah itu menghalang bakteria dari merosakkannya.Jadi, ianya tidak menjadi kering
Makanlah epal hanya selepas anda membuang lilin yang melekat dikulitnya seperti yang dinyatakan dibawah ini
Saya berharap info ini akan memberikan faedah kepada anda dan yang lain-lain juga.

You Are Not Alone
Thursday, September 24, 2009
Love Hurts
Anda dan Wang
Saturday, September 19, 2009
Faktor Kejayaan
Merancang VS Bermain
Belajar mencari ilmu VS Kuat tidur
Menetapkan sesuatu keputusan VS Melewat-lewatkan
Selalu bersiap sedia VS Berangan-angan
Memulakan dengan segera VS Bertangguh
Berkerja VS Mengharap
Menyimpan VS Membazir
Mendengar orang lain bercakap VS Banyak bercakap tanpa mendengar
Selalu tersenyum VS Bermasam muka
Memberi pendapat @ idea VS Mengkritik tanpa alasan kukuh
Sabar @ Ada daya tahan VS Beralah @ berhenti

Thursday, September 17, 2009
Tangan Raksasa Di Gurun Atacama, Chile
Tangan Raksasa Gurun Atacama
5 imej...
Perkara terakhir yang anda jangkakan mungkin ditemui di tengah-tengah padang pasir yang kering di bumi ini adalah kerja-kerja seni. Tetapi inilah yang pastinya anda akan lihat, sekiranya anda mengembara melintasai Gurun Atacama,di Chile
Tangan-tangan gurun ( La mano Del Desierto ) adalah ukiran setinggi 11 meter berbentuk tangan manusia yang tertonjol keluar dari pasir gurun. Ia adalah direka dan diukir oleh pengukir Chile bernama Mario Irarrazabal dan inilah mungkin sesuatu perkara yang aneh yang anda akan lihat di Gurun Atacama ini.
" Tangan menjulur keluar dari pasir" adalah tema dan kerja-kerja ukiran yang sudah biasa diketengahkan oleh En Irarrazabal dan juga dua lagi pengukir ukiran pasir di USA dan paraguay. Lihatlah keindahannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)