Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Sunday, December 6, 2009

Penawar Demam Denggi


Sudah dua hari anak saya dirawat di hospital kerana demam denggi. Sepanjang dua hari tu, rasanya pesakit yang mengidap demam tu silih berganti saja. Katil di wad sentiasa penuh setiap masa. Ada seorang jiran katil anak saya tu, sudahlah tangan kirinya patah dan bersimen akibat terjatuh waktu kerja, tangan kanannya pula kena cucuk masuk air garam akibat demam denggi. Seorang lagi tu, mata pula lepas operasi akibat terjatuh motor, kena juga demam denggi. Inilah dikatakan 'sudah jatuh ditimpa denggi"

Petikan dari Wikipedia

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).


Tanda-tanda demam denggi

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).


Sepanjang dua hari itu juga berbagai topik mengenai demam ini yang saya dengar dari pesakit-pesakit itu sendiri di antaranya ubat penawarnya.Ini ubatnya cubalah, Insya Allah demam lekas sembuh dengan izin Allah juga.

1. Daun Betik.

Ambil daun betik,dikisar hingga halus dan perah airnya. Campur sedikit air masak dan diberikan minum kepada pesakit.



2. Ketam Bunga.

Ambil isi ketam bunga dan dibuat sup. Berikan pada pesakit.



Sekian untuk hari ini. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment