Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog

Wednesday, July 29, 2009

Jangan Ada Rasa Benci



Tiada benci dan tiada tanggisan.

Kisah dari Utara tanah air, seorang budak lelaki yang mempunyai seorang ibu yang hanya ada sebelah biji mata.Ia selalu beranggapan ibunya kerap memalukannya di hadapan kawan-kawan ataupun di hadapan orangramai.Ayah beliau telah lama meninggal dunia dan kini dia ada hanya satu-satunya ibu di dunia ini.

Walaupun begitu, beliau tidak tinggal bersama ibunya di kampung kerana dia adalah di antara pelajar yang bijak dan di tempatkan di sebuah sekolah sains berasrama penuh di bandar.

Pada suatu hari ibunya datang ke sekolahnya untuk mengambil beliau balik kerana cuti panjang persekolahan.Ibunya dengan bersusah payah menaiki bas dari kampung dan semata-mata untuk memastikan anaknya selamat pulang bersamanya.

Walaupun begitu kehadirannya tidak disenangi oleh anak lelaki beliau. Anak lelakinya berasa malu pada kawan-kawan kerana mata ibunya hanya satu.

"Mengapa emak datang ke sini. mengapa emak buat saya macam ini". Keluh anak lelakinya bila sebahagian dari kawan-kawannya mula berbisik sesama sendiri dan ada yang mula memtertawakan keadan ibu beliau.Dia seolah-olah mahu ibunya segera beredar dari situ dan jangan muncul-muncul lagi

Ibunya tidak berkata apa-apa dan hanya tersenyum sambil mengusap kepala anaknya.

Sesampainya di rumah dia begitu kesal dengan apa yang berlaku sebentar tadi dan berkata pada ibunya,
"Jika ibu datang ke sekolah dan ianya membuatkan saya ditertawakan oleh rakan-rakan lain,lebih baik ibu mati saja."

Ibunya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kata-kata anaknya yang amat menusuk kalbunya itu.

Anak-anak lelakinya itu memang berhajat untuk keluar dari rumah ibunya itu. Ditakdirkan beliau lulus peperiksaan SPM dengan baik dan dapat tawaran belajar ke luar negara berserta dengan biasiswa kerajaan sepenuhnya.Ibunya amat gembira dengan pencapaian anak lelakinya itu walaupun ada sedikit terguris di hati atas tindakan anaknya selama ini. Dia tidak mahu ambil hati dan terus menerus memaafkan tindakan biadap anaknya itu.

Selang beberapa tahun, anaknya telah habis belajar dan mula berkerja di ibukota.Beliau berkahwin dan hidup bahagia bersama isteri anak-anak beliau. Beliau membeli rumah dan menetap di ibukota,walaupun begitu ibunya tetap tidak dilupakan. Setiap bulan beliau akan menghantar wang belanja kepada ibunya di kampung.

Suatu hari ibunya datang ke rumah anaknya di ibukota. Anaknya amat terperanjat akan kehadiran ibunya yang tidak diundang itu.

"Ibu, sila tinggalkan tempat ini, nanti bila anak-anak saya melihat ibu, mereka akan jadi takut. Sila ibu...."

Ibunya segera meninggalkan rumah anaknya tanpa diberi walaupun segelas air tanpa berkata sepatah apa pun.

Selepas dua tahun...

Anak lelaki itu menerima sepucuk surat dari jiran ibunya di kampung yang mengatakan,

"Ibu tuan telah meninggal dunia petang semalam. Mayatnya telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan kampung.Bersama ini disertakan sepucuk surat dari ibu tuan yang dia minta saya kirimkan pada tuan."

Surat itu berbunyi,
1.Anakku yang amat ibu sayangi, ibu setiap masa mengingti akan dirimu
2.Ibu minta maaf kalau kedatangan ibu ke rumahmu akan menakutkan anak-anakmu
3.Ibu minta maaf kerana selama ini ibu terus menerus memalukanmu di hadapan orang
4.Ibu harap dirimu akan dapat memaafkan ibu.

"Semasa kau kecil dulu, kau telah kehilangan sebelah mata di dalam kemalangan ketika kau bermain dengan kawan-kawan kau di anjung rumah.Ibu berasa amat sedih dan tidak mahu melihat kau membesar tanpa sebelah mata.Jadi ibu telah berikan sebelah mata ibu kepada kau."

Salam sayang
Ibumu

Ingatlah!

"Don't hate people for just what they don't have because of the weakness of some people, some people have the strenght."

This the way the world run

No comments:

Post a Comment