Malaysian Time

Blog Design by Bling on the Blog
Showing posts with label Takaful. Show all posts
Showing posts with label Takaful. Show all posts

Wednesday, September 2, 2009

Takaful Ikhlas Penerima Pertama sijil MS1900:2005


Takaful IKHLAS – Syarikat takaful/insurans pertama menerima Sijil MS1900:2005
17 Oct 2008

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2008 – Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) mencatat sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai penerima Sijil MS1900:2005 di kalangan syarikat pengendali takaful dan insurans di Malaysia secara rasminya pada hari ini.

Syarikat pengendali Takaful yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelima penubuhannya pada 14 Oktober 2008 yang lalu diberi pengiktirafan tersebut oleh SIRIM QAS International bagi Sistem Pengurusan Kualiti dari Perspektif Islam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman memberitahu, pengiktirafan yang diberikan oleh SIRIM QAS International pada 15 Ogos 2008 itu merupakan salah satu kejayaan terbesar syarikat selepas menerima pengiktirafan ISO9001:2000 bagi proses berkaitan dengan Pengurusan Takaful Berkelompok pada tahun sebelumnya.

“Menjadi penerima sijil ini merupakan satu penghormatan besar buat Takaful IKHLAS kerana jika dibandingkan dengan syarikat pengendali takaful dan insurans yang ada di negara ini, kami masih baru,” ujar beliau selepas menerima sijil tersebut dalam Majlis ‘Idulfitri Bersama Takaful IKHLAS dan Penyerahan Sijil MS1900:2005 di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay , Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Yang Berbahagia Dato’ Mariani Mohammad dan lebih seribu jemputan yang terdiri daripada rakan-rakan korporat, pelanggan-pelanggan, para wakil dan kakitangan Takaful IKHLAS.

Syed Moheeb berkata, penganugerahan Sijil MS1900:2005 yang dinilai menerusi Sistem Pengurusan Kualiti dari Perspektif Islam itu dilihat sebagai salah satu inisiatif yang sejajar dengan visi dan misi Takaful IKHLAS, yang amat mementingkan aspek Syariah dan kualiti dalam pengurusan seharian.

Mengulas lanjut mengenai penglibatan Takaful IKHLAS dalam program perintis MS1900:2005 ini Syed Moheeb memberitahu, Takaful IKHLAS bersama-sama dengan beberapa syarikat yang lain pada awalnya telah dipelawa oleh SIRIM QAS International untuk mengikuti program perintis ini. Ujar beliau lagi, hasil usaha tanpa henti Takaful IKHLAS selama ini telah membawa kejayaan kepada syarikat itu untuk menjadi penerima pertama sijil tersebut.

Takaful IKHLAS yang merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) memulakan operasinya pada bulan Julai 2003. MNRB telah dicatatkan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad menerusi Skim Amanah Saham Bumiputera.

Setelah hampir 6 tahun beroperasi, Takaful IKHLAS telah mempunyai rangkaian pengedaran yang luas termasuk ejen-ejen di seluruh semenanjung Malaysia termasuk dibandar-bandar kecil. Ini termasuk di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Sungai Petani, Johor Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.
Takaful IKHLAS Dinobat Penyedia Takaful / Retakaful Terbaik 2008
16 Feb 2009

PETALING JAYA, Februari 16 – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai Penyedia Takaful/Retakaful Terbaik 2008 oleh pembaca Berita Kewangan Islam ataupun Islamic Finance News (IFN) dalam satu undian yang diadakan sempena Anugerah Berita Kewangan Islam 2008 baru-baru ini.

Anugerah yang diadakan buat kali ke-empat pada tahun 2009 ini dimenangi oleh Takaful IKHLAS menerusi undian yang dilakukan oleh pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam melalui IFN yang diterbitkan pada setiap hari Jumaat. IFN merupakan Berita Kewangan Islam yang memfokuskan kepada industri dan pasaran kewangan antarabangsa.

Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, anugerah yang diterima pihaknya itu merupakan kayu pengukur kecemerlangan mereka sehingga hari ini.

Takaful IKHLAS juga menganggap anugerah ini sebagai satu penghormatan terbesar di peringkat antarabangsa, sebagai pengendali perlindungan Takaful yang baru sahaja beroperasi selama enam tahun.

“Anugerah itu membuktikan meskipun Takaful IKHLAS merupakan syarikat yang baru, tetapi produk-produk kami telah pun mendapat perhatian masyarakat di luar sana,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Takaful IKHLAS di sini hari ini.

Beliau memberitahu, anugerah yang diterima oleh mereka itu akan dijadikan pemangkin kepada kejayaan Takaful IKHLAS pada tahun mendatang dan seterusnya memastikan syarikat tersebut terus berdiri kukuh dalam industri insurans dan takaful.

Syed Moheeb berkata, anugerah yang dilancarkan oleh IFN itu diadakan bagi mengiktiraf syarikat-syarikat yang menjalankan operasi dan menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada institusi kewangan Islam.

Dalam pada itu menurut Syed Moheeb, kemenangan tersebut juga merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful IKHLAS bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Kita telah mempunyai pelbagai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan oleh yang demikian usaha yang berterusan sedang dilakukan bagi memastikan ianya dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini. Sehubungan dengan itu, Takaful IKHLAS sangat berbesar hati apabila terpilih sebagai penerima anugerah tersebut meskipun penglibatan kami dalam industri Takaful masih baru jika hendak dibandingkan dengan pengendali takaful yang lain,” ujar beliau.


Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

Takaful IKHLAS yang telah pun mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak; Melaka, Kota Kinabalu, Sabah; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Putrajaya.

Segala pertanyaan tentang pelan takaful yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas, sila hubungi 019-472 4218

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Takaful


Gambar ini diambil sewaktu saya menyerahkan tuntutan takaful kepada waris yang mana ayahnya telah meninggal dunia pada 17/9/2008 bagi pelan Ikhlas Warga Emas Takaful

Apa yang dimaksudkan dengan Takaful

PENGENALAN TAKAFUL

TAKAFUL berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud saling menjamin atau joint guarantee. Ia boleh digambarkan sebagai satu perjanjian antara sekumpulan peserta yang bersetuju untuk saling menjamin mana-mana ahli dalam kumpulan itu yang ditimpa kerugian tertentu.

Konsep takaful ini sudah pun wujud pada asasnya sejak sebelum zaman Islam lagi. Pada masa itu, ia dikenali sebagai sistem aqila(tanggungjawab bersama) yang dipelopori oleh kaum-kaum Arab pada waktu itu.

Takaful yang dikenali sekarang beroperasi sebagai satu jenis perniagaan (tijari), dan ia berlandaskan prinsip Syariah, iaitu tiada unsur riba, perjudian atau ketidakpastian dalam kontrak dan pengendalian perniagaan takaful itu.

Dalam kontrak takaful, peserta bersetuju untuk menderma sebahagian daripada caruman mereka untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan/kerugian tertentu (ini di kenali sebagai tabarru'). Ia merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab, saling menjamin dan melindung sesama mereka. Ini merupakan teras kepada sistem takaful yang menjadikan unsur ketidaktentuan dibenarkan dalam kontrak takaful.

APA YANG MEMBEZAKAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

Pada kacamata seseorang yang bukan dari bidang ini, dia akan melihat tiada perbezaan antara kedua-dua sistem tersebut. Selepas diteliti, pada asasnya perbezaannya hanyalah satu, iaitu sistem takaful berlandaskan prinsip Syariah. Akan tetapi, jika diselidiki lebih mendalam, ternyata ada banyak perbezaan antara dua sistem ini. Perbezaan-perbezaan ini boleh dikategorikan seperti berikut:

1. KONTRAK YANG DIGUNAPAKAI:

Dalam sistem takaful, kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak tabarru’ (derma) dan agensi (wakalah) atau kontrak berkongsi keuntungan (mudharabah). Kontrak dalam insurans pula ialah kontrak pertukaran (jual dan beli) antara penanggung insurans dengan pelanggan (pihak yang diinsuranskan).

2. TANGGUNGJAWAB PEMEGANG POLISI:

Peserta takaful membuat caruman ke dalam skim dan saling menjamin sesama sendiri dalam skim ini. Di bawah sistem insurans, pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans.

3.LIABILITI PENGENDALI TAKAFUL / PENANGGGUNG INSURANS:

Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat daripada kumpulan wang para peserta. Risiko tidak berpindah dari peserta kepada pengendali takaful. Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang para peserta tersebut, pengendali takaful diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia memberi
pinjaman (tanpa faedah) untuk menampung kekurangan berkenaan. Manakala insurans, penanggung insurans bertanggungjawab membayar manfaat insurans seperti dijanjikan dan ini akan dibayar kepada pelanggan dari wang asetnya.

4. PELABURAN KUMPULAN WANG:

Caruman yang diterima akan hanya dilaburkan dalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah. Bagi syarikat insurans, tiada sebarang sekatan dalam jenis pelaburan yang dibolehkan, selain sekatan yang dikenakan untuk tujuan kehematan.

Di Malaysia, industri takaful bermula sejak tahun 1985 lagi, dengan tertubuhnya Syarikat Takaful Malaysia Bhd. Ia adalah anak syarikat Bank Islam Malaysia Berhad. Sehingga kini, terdapat sembilan syarikat pengendali takaful yang sudah diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia. Pada tahun 2005, penembusan pasaran atau market penetration industri takaful di Malaysia hanyalah 5.6 peratus, berbanding 38.7 peratus untuk industri insurans. Ini menunjukkan bahawa industri takaful mempunyai potensi yang amat luas yang perlu diterokai. Perlu diingatkan bahawa ada perbezaan business model yang digunapakai oleh pengendali takaful di Malaysia kini. Dua
model yang dikenali ialah Model Mudharabah atau profit/surplus sharing dan Model Wakalah atau agency. Pengendali yang menggunakan model mudharabah tidak memerlukan perkhidmatan ejen atau wakil untuk menjual produknya, tetapi menggunakan kakitangan syarikat untuk memasarkan produk-produknya. Model wakalah menggunakan perkhidmatan ejen atau wakil takaful untuk memasarkan produk-produknya. Terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih produk atau syarikat yang disenangi.

Utusan Malaysia 9 April 2007

Segala pertanyaan untuk produk Takaful Ikhlas pelan Famili, Pendidikan, Kad Bantuan Perubatan dan Pelaburan, bolehlah menghubungi saya di talian 019-472 4218 atau email: carleadbest07@gmail.com. atau:carleadbest@yahoo.com

Tuesday, August 11, 2009

Kad Bantuan Perubatan TISB















Takaful IKHLAS Menang Kategori Produk Takaful Paling Inovatif di KLIFF 2008
20 Nov 2008


PETALING JAYA, 19 November 2008 – Syarikat pengendali perlindungan berasaskan syariah, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) dinobatkan sebagai penerima Anugerah bagi Kategori Produk Takaful Paling Inovatif sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2008 kelima (KLIFF 2008) pada 18 November 2008, semalam.

Anugerah yang diperolehi melalui Produk IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT) itu telah disampaikan oleh Menteri Kewangan 2, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah KLIFF 2008 di Hotel Istana, Kuala Lumpur di sini semalam.

Syed Moheeb ketika ditemui selepas majlis penyampaian tersebut berkata, penganugerahan yang pertama kali diterima oleh Takaful IKHLAS sejak KLIFF diadakan lima tahun lepas itu merupakan satu penghormatan buat syarikat itu.

”Meskipun Takaful IKHLAS baru sahaja lima tahun berada di dalam industri Takaful, namun pengiktirafan yang diberikan kepada salah satu daripada 78 produk kami ini merupakan penghormatan yang tidak ternilai harganya. Ini membuktikan kepada umum, walaupun kami masih hijau di dalam industri ini tetapi produk kami setanding dengan syarikat-syarikat besar yang telah lama bergiat aktif bukan sahaja di dalam industri takaful tetapi juga insurans,’’ kata beliau.

Ketika diminta menerangkan mengenai ciri-ciri yang ada pada produk IMAT sehingga layak mendapat pengiktirafan itu Syed Moheeb berkata, selain 30 faedah perlindungan yang bakal diterima penerimanya, skim yang merupakan pelan rawatan hospital dan pembedahan itu merupakan pelan perlindungan takaful yang menawarkan sumbangan terendah berbanding produk-produk lain yang ada dalam industri insurans dan takaful pada hari ini.

“Kami menawarkan lima pelan bagi skim ini iaitu Pelan A, Pelan B, Pelan C, Pelan D dan Pelan E. Bagaimanapun peserta tidak perlu bimbang untuk memilih mana-mana pelan kerana kesemua pelan menawarkan faedah yang sama,’’ kata beliau mengenai produk yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Tapak Pameran Takaful IKHLAS di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini pada 20 April 2008.

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

Takaful IKHLAS yang telah pun mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak; Melaka, Kota Kinabalu, Sabah; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Putrajaya.

Sebarang pertanyaan : Ab Khalid - 019-4724218
- carleadbest07@gmail.com
- crleadbest@yahoo.com