Hati Yang Menyapa
Pernah sekali Badrul dan isterinya bertengkar dan masing-masing tidak mahu mengalah. Akibatnya mereka tidak bertegur sapa selama beberapa hari. Kemudian pada suatu hari, Badrul bekerja sehingga larut malam dan keesokkan harinya dia perlu bangun awal kerana akan berangkat ke jakarta atas urusan kerja. Dia akan menaiki keretapi ke lapangan terbang pada pukul 5 pagi. Jadi dia ingin meminta isterinya membangunkannya tetapi oleh kerana ego dan tidak mahu mengalah, dia hanya menulis permintaannya itu di atas sekeping kertas,
"sayang, tolong bangunkan saya pada pukul 3.30 pagi kerana saya perlu bersiap-siap untuk ke lapangan terbang dengan menaiki keretapi pada pukul 5.00 pagi. Kapal terbang ke jakarta pula akan berlepas pada pukul 9 pagi."
Dia meletakkan nota itu di atas meja solek isterinya. Selain daripada itu, badrul juga memasang loceng pada telefon bimbitnya untuk berbunyi tepat pada jam 3.00 pagi.
Keesokan harinya, Badrul terbangun sekitar jam 7 pagi. Bunyi loceng telefon bimbitnya ternyata tidak didengerainya mungkin akibat terlalu letih.Apa yang membuat dia marah dan kesal ialah mengapa isterinya tidak membangunkannya seperti yang diminta iaitu dibangunkan pada pukul 3 pagi. Dia terpaksa membatalkan rancangannya ke jakarta. Tiba-tiba Badrul ternampak sekeping kertas yang tertulis dengan tulisan tangan isterinya yang berbunyi,
"Bang, bangun! Sudah pukul 3 pagi. Loceng telefon bimbit itu pun sudah berbunyi dari tadi!"
No comments:
Post a Comment